Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan lanskap industri, kes kajian kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Title:
Perancangan lanskap industri, kes kajian kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1982
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5016 ra
Abstract:
Perancangan gunatanah yang dijalankan dalam kebanyakan pembangunan kawasan perindustrian adalah tidak diselarikan dengan perancangan lanskap. Ini telah menimbulkan beberapa masalah terutamanya dari segi pemeliharaan nilai alam sekitar kawasan, khasnya dalam kontek lanskap. Objektif kajian ini ialah untuk mengemukakan masalah-masalah yang ujud hasil dari pembangunan kawasan industri masakini. Kawasan Perusahaan Dioh, Kuala Pilah telah dipilih sebagai kajian kes. hasil dari kajian ini didapati bahawa kawasan industri ini menghadapi masalah perkawasan yang buruk dan mendatangkan kesan bagi kawasan sekitarnya, disamping menghadapi masalah ketidakseimbangannya kadar lanskap keras dan lanskap lembut serta menghadapi keadaan elemen-elemen yang tidak meuaskan Ini termasuklah bangunan yang buruk dengan rekabentuk yang 'simple' dan 'regular', kawasan dalam lot kilang yang kotor dan terbiar serta dipenuhi oleh longgokan-longgokan sampah-sarap, kayu-kayu dan besi-besi buruk juga mempunyai jalan raya dan kawasan hijau yang tidak dijaga dengan baik. Ini telah menimbulkan kesan yang kurang baik dari segi nilai aesthetik, malah boleh mengganggu ketenteraman awam. Untuk mengatasi masalah ini beberapa cadangan pembaikan telah dikemukakan untuk memperbaiki lanskap kawasan ini. Sebelum itu pertimbangan terhadap pembangunan yang sedia ada difikirkan supaya tidak mengganggu proses perkilangan. Diantara cadanganyang dibuat ialah pembersihan bangunan dan kawasan dalam lot kilang cadangan pusat rekreasi, cadangan pembersihan kawasan hijau untuk dijadikan kawasan rekreasi , cadangan pembersihan kawasan hijau untuk dijadikan kawasan rekreasi, cadangan penanaman tumbuhan (pokok-pokok) untuk tujuan sebagai pengawal pencemaran, climate moderator', 'buffer zone' dan sebagainya, serta membuat pengindahan seterusnyaterhadap kawasan kajian menggunakan elemen-elemen lanskap yang lain. Perlaksaanaan projek ini adalah di bawah gabungan Pengusaha Kilang Kawasan Dioh, yang mana akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Majlis Daerah Kuala Pilah, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pengilang-pengilang dan wakil pekerja dari kawasan Perusahaan Dioh. Penyelenggaraan dan pentadbiran projek lanskap akan di pertanggungjawabkan kepada satu unit yang dinamakan Unit Pengindahan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003562 NA9069 Z35 1982 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003484 NA9069 Z35 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002378465 NA9069 Z35 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page