Cover image for Sikap pelajar tingkatan tiga terhadap pelajaran kemahiran hidup
Title:
Sikap pelajar tingkatan tiga terhadap pelajaran kemahiran hidup
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
ix, 146 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Asarudin Hj. Ashari

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8230 ra
Abstract:
Kajian ini betujuan untuk meninjau sikap pelajar tingkatan tiga terhadap pelajaran Kemahiran Hidup, daripada aspek-aspek latar belakang dan minat pelajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan kemudahan bengkel dan alatannya hubungan sikap pelajar dengan sukatan pelajaran, guru, dan sekolah juga diperhatikan. Seramai 715 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan iga terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini adalah daripada 36 buah sekolah bandar dan luar bandar dari seluruh 9 daerah Negeri Johor Darul Tak'zim. Setiap sekolah yang terlibat diwakili oleh antara 17 hingga 21 reponden. Instrumen kajian yang digunakan merupakan item soal selidik kaedah Skala Likert, untuk menguji sejauh mana tindakbalas, responden terhadap item yang dikemukakan. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa reesponden mempunyai sikap yang positif terhadap pelajaran Kemahiran Hidup, (purata skor min 3.885 ). Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan sikap yang signifikan (p 0.05 ) antara responden bandar dengan responden luar bandar, tetapi terdapat perbezaan sikap yang signifikan berdasarkan jantina dan latar belakang etnik responden terhadap pelajaran Kemahiran Hidup. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa responden bersikap positif walaupun mereka tidak bersetuju dengan beberapa perkara berkaitan dengan sukatan pelajaran, kemudahan bengkel dan alatannya. Hasil kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana di antara sukatan pelajaran dan guru dengan sikap responden tetapi hubungan positif yang lemah di antara sekolah dengan sikap responden terhadap pelajaran Kemahiran Hidup. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan supaya pihak yang betanggungjawab ke atas perancangan dan perlaksanaan program Kemahiran Hidup, perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kekurangan bengkel, kelengkapan asas, tenaga pengajar terlatih, serta mengkaji semula skop sukatan pelajaran, untuk menilai kelemahan-kelemahan yang terdapat supaya dapat memperkemaskinikannya dan sekaligus pula meninggikan lagi mutu pendidikan negara.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654758 LB1629.5.M3 C45 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order