Cover image for Pembaikan teknik penggunaan kaedah penilaian nilai baki dengan cara simulasi Monte Carlo menggunakan Lotus 1-2-3
Title:
Pembaikan teknik penggunaan kaedah penilaian nilai baki dengan cara simulasi Monte Carlo menggunakan Lotus 1-2-3
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7949 ra
Abstract:
Kaedah penilaian nilai baki merupakan satu kaedah dalam menilai tanah kosong yang mempunyai potensi pembangunan atau tapak yang tertakluk kepada pembangunan atau tapak yang perlu dibangunkan semula. Penggunaan kaedah nilai baki dalam amalan penilaian di Malaysia adalah amat menggalakkan, tetapi dalam proses penilaian, ketidakpastian angkuhbah-angkuhbah dalam komponen-komponen Nilai Kasar Pembangunan dan Kos Kasar Pembangunan merupakan masalah yang kerap dihadapi. Oleh itu, penilai-penilai yang mengguna kaedah ini dalam amalan penilaian adalah terdedah kepada kesilapan yang mungkin berlaku. Darjah kesilapan itu adalah bergantung kepada ketepatan dalam pemilihan angkubah-angkubah tersebut. Disamping itu, penggunaan kaedah ini membolehkan penyelarasan dibuat ke atas angkubah-angkubah yang berkaitan dengan tujuan untuk mencapai sesuatu nilaian tertentu. Persoalan adalah terdapat unsur-unsur palsu dalam nilai tersebut. Maka dalam penggunaan kaedah nilai baki, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada memberi pandangan mengenai ketepatan dalam pemilihan elemen-elemen seperti kadar keuntungan pemaju, kadar pulangan, kadar kewangan, kos bangunan, elaun dana dan lain-lain elemen yang berlaitan. Oleh itu, masalah ketidakpastian ini perlu diatasi supaya darjah kesilapan penggunaan kaedah ini dapat diminimakan. Dari sebab ini, ia menjadi hasrat dalam kajian ini untuk melibatkan tingkat penggunaan kaedah ini yang mana telahpun lama digunakan dalam penilaian tanah kosong yang berpotensi untuk pembangunan. Pada permulaan, objektif, skop, metodologi dan limitasi akan dilakukan mengikut jadual. Kemudian, pengenalan mengenai kaedah nilai baki serta falsafah dan kesahihannya dalam keadaan yang memerlukan penilaian dilakukan. Di sini, komponen-komponen seperti nilai kasar pembangunan dan kos pembangunan akan diterangkan. Dalam tujuan memberi satu gambaran yang lebih jelas, satu contoh penilaian diberikan untuk menunjukkan prinsip yang telah digunakan dalam amalan penilaian. Seterusnya, kajian akan melihat kepada keperluan pembaikan kaedah penilaian nilai baki dengan melihat kepada kelemahan, kritis dan komen mengenai kaedah ini yang dibuat oleh profesional yang terlibat dalam sektor pembangunan. Selepas ini, penulis akan membuat analisis dan cadangan pengubahsuaian terhadap kaedah ini dengan penggunaan model simulasi. Kegunaan model simulasi ini akan dilihat dari segi asas penggunaannya dengan bantuan program Lotus 1-2-3 dalam aspek kaedah nilai baki. Dalam bab kesimpulan, penulis harus dapat memeriksa kebolehpakaian dan keberkesanan kaedah nilai baki dalam menilai tanah kosong yang berpotensi untuk pembangunan. Di samping itu, penulis juga akan dapat memberikan cadangan yang perlu diambilkira dalam pembangunan kaedah penilaian dan amalan penilaian secara am.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))--Universiti Teknologi Malaysia, 1992.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002190316 HD1387 L85 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order