Cover image for Masalah perjalanan ketempat kerja golongan miskin (setinggan) di bandar Kuala Lumpur ditinjau dari segi penggunaan mod pengangkutan bas awam
Title:
Masalah perjalanan ketempat kerja golongan miskin (setinggan) di bandar Kuala Lumpur ditinjau dari segi penggunaan mod pengangkutan bas awam
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1983
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4322 ra
Abstract:
Setinggan ialah golongan-golongan miskin dibandar Kuala Lumpur. Kebanyakan mereka tidak mampu untuk meliliki kenderaan persendirian. Olih itu pengangkutan bas awam merupakan mod perjalanan utama mereka. Walaubagaimanapun setengah-setengah pertempatan setinggan berada jauh daripada laluan bas awam. Ini menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki melebihi daripada jarak keselesaan berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Keadaan perlaluan golongan ini menjadi lebih buruk lagi didalam keadaan operasi pengangkutan bas awam yang tidak memuaskan. Kegagalan bas menurut jadual perjalanan dan kesesakan penumpang menyebabkan masa menunggu bas yang lama. Tempat menunggu bas yang tidak memuaskan juga menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna bas. Bagi golongan miskin perbelanjaan untuk pengangkutan adalah satu bebas disebabkan keperluan perbelanjaan untuk lain-lain perkara seperti makanan, rumah dan persekolahan. Ini menyebabkan mereka berjalan kaki atau mengggunakan basikal untuk perjelanan ketempat kerja. Masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi olih golongan miskin diatasi melalui cadangan jangka panjang dan cadangan jangka pendek. Cadangan jangka panjang dilihat daripada aspek 'non-transportation' dengan mengurangkan 'transportation need', melalui perancangan tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Peluang pekerjaan dimasa akan datang perlu di selaraskan dengan program perumahan yang ditujukan kepada golongan miskin. Langkah-langkah jangka pendek termasuklah cadangan memberikan bantuan kos pengangkutan, penubuhan bas komuniti dan menambahkan kekerapan bas. Dua cadangan lagi memerlukan kajian lebih lanjut iaitu penubuhan tabung pengangkutan dan perancangan lorong yang dikhaskan untuk basikal.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003899 HE273.6.M32 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002537 HE273.6.M32 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000083760 HE273.6.M32 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order