Cover image for Caruman membantu kadar - perlaksanaan dan masalahnya : kes kajian MPJB
Title:
Caruman membantu kadar - perlaksanaan dan masalahnya : kes kajian MPJB
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7189 ra
Abstract:
Caruman Membantu Kadar adalah satu bentuk sumbangan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan mengikut peruntukkan Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 156, Perlembagaan tersebut memperuntukkan bahawa setiap tanah, bangunan atau hereditamen milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Penguasa Awam adalah tidak tertanggung untuk membayar kadaran tetapi adalah tertanggung untuk membayar caruman bagi membantu kadar kepada Pihak Berkuasa Tempatan di mana harta-harta mereka terletak. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut ternyata terlalu umum dan tidak menerangkan dengan terperinci tentang cara tuntutan caruman dibuat untuk diikuti oleh pihak-pihak yang terlibat khasnya Pihak Berkuasa Tempatan. Projek khas ini mengumpul, menganalisa dan menghuraikan dengan lebih terperinci bagaimana Caruman Membantu Kadar dilaksanakan dengan melihat kepada cara yang dipraktiskan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru. Antara kandungan utama Projek khas ini ialah : - Latarbelakang Caruman Membantu Kadaran; - Prinsip-prinsip penentuan caruman; - Prosedur perlaksanaan tuntutan Caruman Membantu Kadar; - Asas pengkelasan harta untuk dikenakan caruman; - Asas penilaian. Di akhir kajian ini penulis menyenaraikan beberapa masalah yang dikenalpasti ujud didalam melaksanakan tuntutan caruman dan seterusnya mengemukakan beberapa cadangan tentang cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003339 HJ3241 A63 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order