Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penyediaan garis panduan perancangan fizikal kem tentera darat
Title:
Penyediaan garis panduan perancangan fizikal kem tentera darat
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2394 ra
Abstract:
Dalam konteks pembangunan sesebuah negara, aspek ketenteraan juga adalah perlu dititikberatkan selain daripada aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik. Keperluan untuk ketenteraan seharusnya disediakan dengan sempurna dan mencukupi. Kem tentera merupakan salah satu keperluan utama Angkatan Tentera bagi menyediakan kemudahan-kemudahan penempatan, pentadbiran dan latihan. Pada asalnya kem tentera didirikan dalam bentuk sementara dimana perancangannya adalah secara 'adhoc' dan spontan untuk keperluan pertahanan semata-mata tanpa dibuat kajian menyeluruh terlebih dahulu. Tetapi dalam konteks moden, kem tentera merupakan suatu penempatan untuk anggota tentera dan keluarga mereka yang dilengkapi dengan berbagai keperluan sebagaimana masyarakat awam di luar kem. Oleh itu perancangannya juga hendaklah dibuat secara teliti dengan mengambilkira berbagai aspek. Garis panduan tertentu adalah diperlukan bagi perancangan tersebut. Tetapi sebelum ini, tiada sebarang kajian yang telah dibuat bagi menghasilkan suatu garis panduan yang sama berbentuk umum ataupun terperinci. Dalam penyediaan tesis ini, pengkaji telah cuba membuat kajian dari berbagai peringkat bermula dari sejarah sistem pertahanan, konsep perancangan semasa, analisis tapak kem sedia ada dan seterusnya mengemukakan suatu idea umum garis panduan perancangan fizikal untuk kem tentera darat. Penekanan lebih ditumpukan kepada aspek fizikal dan keselamatan yang meliputi perletakan kem, perletakan elemen-elemen dalaman, keperluan kemudahan dan rekabentuk. Walau bagaimanapun cuba juga disentuh sedikit sebanyak faktor sosial dan ekonomi sebagai faktor penyokong. Keseluruhan kajian ini dibuat berdasarkan kepada andaian bahawa "perancangan sesebuah kem tentera darat bukan sahaja perlu mengambilkira aspek strategi ketenteraan semata-mata, malah aspek-aspek lain seperti keperluan sosial dan keselesaan para penghuninya juga perlu dititik beratkan bagi menghasilkan suatu alam sekitar kem tentera yang sempurna, selesa dan selamat". Daripada kajian ini telah dikenalpasti keperluan dan masalah semasa kem tentera darat yang mana perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam perancangan kem-kem tentera darat di masa akan datang. Dengan terdapatnya garis panduan seumpama ini, ia adalah sebagai titik mula untuk kajian-kajian khusus seterusnya dalam berbagai aspek, berkenaan dengan keperluan dan perancangan kem tentera darat dalam konteks Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001365 NA4485.M3 Y24 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002834 NA4485.M3 Y24 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page