Cover image for Kos infrastruktur perumahan kos rendah rekabentuk JPN
Title:
Kos infrastruktur perumahan kos rendah rekabentuk JPN
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 8073 ra
Abstract:
Kos yang tinggi dalam perancangan, infrastruktur, piawaian kemudahan awam dan bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang merupakan halangan utama kepada para kontraktor dan pemaju untuk terlibat dalam projek perumahan kos rendah. Dengan piawaian infrastruktur dan perancangan sekarang, didapati 55 peratus daripada tanah cadangan digunakan untuk jalan, sekolah, ruang terbuka dan lain-lain kemudahan. Hanya 45 peratus daripada tanah cadangan sahaja digunakan untuk membina rumah. Disamping itu, perbelanjaan untuk membina infrastruktur dikatakan meliputi 40 peratus daripada seluruh jumlah perbelanjaan pembangunan. Ini menunjukkan bertapa besarnya pengaruh elemen infrastruktur terhadap seluruh kos pembangunan. Berdasarkan pernyataan diatas, kajian penyelidikanini telah dimula dan dijalankan untuk mengenalpasti tiga objektif utama iaitu menganalisa kos infrastruktur, mengenalpasti nisbah kuantiti setiap elemen infrastruktur, serta menyediakan simulasi kos terhadap perubahan rekabentuk bagi elemen-elemen infrastruktur yang terpilih. Tujuan utama kajian ini ialah membentuk satu kumpulan maklumat kos infrastruktur untuk dijadikan sebagai panduan dalam membuat anggaran, serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kos infrastruktur. Di samping itu, rekabentuk elemen-elemen infrastruktur yang terpilih juga ditukar untuk melihat peratus pengurangan kos yang dapat dicapai. Kajian penyelidikan ini telah dijalankan terhadap perumahan kos rendah berdasarkan rekabentuk JPN dan dilaksanakan oleh JPN. Sampel yang diambil terdiri daripada perumahan kos rendah satu tingkat dengan 3 bilik. 27 sampel telah dipilih dari dua negeri iaitu negeri Perak dan Johor. Semua projek ini merupakan projek JPN yang dilaksanakan antara 1986-1990 (Rancangan Malaysia Kelima). Semua projek yang dipilih adalah projek yang bersaiz sederhana yang mempunyai julat antara 100 hingga 300 unit rumah setiap projek. Teknik 'elemental Cost Analsis' telah digunakan untuk menganalisis kos infrastruktur kuantiti setiap elemen infrastruktur bagi perumahan kos rendah. Simulasi kos pula dibuat dengan berdasarkan teknik 'value Engineering'. Rujukan dibuat terhadap buku-buku, artikel-artikel, Akta dan Undang-Undang kecil untuk mengenalpasti elemen infrastruktur yang boleh ditukar rekabentuknya. Hasil daripada kajian ini, tujuh jenis maklumat kos telah didapati di bawah objektif pertama dan empat jenis maklumat kuantiti telah didapati di bawah objektif kedua. Di mana, purata nisbah kos infrastruktur terhadap kos pembinaan seunti rumah adalah 27.31 peratus. Manakala, infrastruktur telah meliputi purata 81.95 peratus daripada seluruh luas tanah perumahan. Di bawah objektif ketiga pula, kos pembinaan seunit rumah telah berjaya dikurangkan sebanyak 5.94 peratus dengan berdasarkan tiga cadangan yang dibuat.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana MudaUkur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002808 HD7363.6.A3G53 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000252746 HD7363.6.A3G53 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order