Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Dewan Bandaraya Kuala Lumpur : peranannya dalam pembangunan Wilayah Persekutuan
Title:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur : peranannya dalam pembangunan Wilayah Persekutuan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3024 ra
Abstract:
"Semoga Wilayah Persekutuan ini berkekalan sebagai simbol perpaduan, keamanan dan keharmonian bagi rakyat Malaysia untuk selama-lamanya". Dengan kata-kata ini Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak mengistiharkan pada 1 haribulan Februari, 1974 penubuhan Wilayah Persekutuan menjadi nadi negara dalam kegiatan politik, kewangan dan perdagangan. Pengekalan status ini tidak bererti tanpa pengawasan dan pengendalian dari suatu badan yang khusus bagi menjalankan kuasa-kuasa pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan. Badan yang dimaksudkan ini iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab memastikan Wilayah Persekutuan membangun sesuai dengan statusnya serta matlamat penubuhannya. Adalah menjadi tujuan kajian ini untuk memperbincangkan sejauh mana pencapaian DBKL sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang terbesar di Malaysia dalam menjalankan peranannya di dalam pembangunan Wilayah Persekutuan sejak 10 tahun ianya ditubuhkan iaitu pada 1 haribulan Februari, 1972. Di dalam Bab Pertama yang merupakan pengenalan kepada kajian ini, penulis menggariskan serba sedikit mengenai kawasan kajian iaitu Wilayah Persekutuan dan Organisasi yang dikaji iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta menyatakan tujuan dan skop kajian, dan juga methodologi yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Bab Dua merupakan pengenalan secara khusus berkenaan dengan Dewan Bandaraya dan dibahagi kepada tiga bahagian meliputi sejarah Kuala Lumpur sehingga pembentukannya sebagai Wilayah Persekutuan dan perkembangannya sebagai kawasan pihak berkuasa tempatan selepas distruktur semula; Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia secara ringkas sebagai latar belakang kepada sistem kerajaan tempatan yang terdapat di Wilayah Persekutuan dan juga Struktur Organisasi Dewan Bandaraya. Bab Tiga menyentuh berkenaan dengan peranan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai badan "pemerintah" dan pembuat dasar bagi Wilayah Persekutuan serta hubungannya dengan Dewan Bandaraya dalam pentadbiran dan usaha-usaha pembangunan Wilayah Persekutuan. Bab Empat memperbincangkan dengan mendalam peranan Dewan Bandaraya di dalam penyediaan perkhidmatan masyarakat, penyediaan perumahan dan juga kawalan pembangunan. Penulis juga menyentuh berkenaan dengan kedudukan kewangan Dewan Bandaraya sebagai daya penggerak kepada aktiviti-aktiviti pembangunan Wilayah Persekutuan dan juga berkenaan dengan kesan pembangunan di Wilayah Persekutuan terhadap nilai-nilai hartanah. Bab Lima memperbincangkan berkenaan dengan pembangunan gunatanah di Wilayah Persekutuan dengan menghadkan takrif pembangunan kepada pembangunan gunatanah perumahan, perniagaan dan perindustrian. Dengan berpandukan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 1982, penulis merasakan perlu disentuh berkenaan dengan pembangunan kawasan kecil dan kawasan Simpanan Melayu. Bab Enam merupakan Kesimpulan dan Penutup di mana penulis memberikan rumusan di samping menyatakan pandangan-pandangan ataupun cadangan-cadangan penulis kepada hasil kajian yang telah dibuat.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004088 HT169.M32 K824 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002412991 HT169.M32 K824 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page