Cover image for Kajian keatas rekabentuk bandar-bandar Islam 'medieval' sebagai permulaan mencari asas untuk merekabentuk bandar-bandar  Islam 'contemporary'
Title:
Kajian keatas rekabentuk bandar-bandar Islam 'medieval' sebagai permulaan mencari asas untuk merekabentuk bandar-bandar Islam 'contemporary'
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilm sahaja : MFL 4496 ra
Abstract:
Islam ialah 'din' iaitu satu cara hidup yang menyeluruh. Ajarannya menyentuh segala bidang kehidupan semula sehari-hari seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Segala pecahan bidang-bidang aktiviti seharian Muslim adalah berpunca daripada keimanan kepada Allah s.w.t. Sosial masyarakat Islam membentuk satu sikap yang unik dalam kehidupan sosial manusia. Ia telah berjaya membangun masyarakat Arab jahiliah kepada menjadi salah satu daripada bangsa yang bertamadun. Ini adalah timbul daripada hubungan persaudaraan yang rapat diantara saudara seIslam hingga ia melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan ikhlas bekerjasama dalam segala bidang termasuk senibina dan mereka bentuk bandar. Senibina dan reka bentuk termasuk dalam salah satu daripada usaha seni. Senibina dalam rekabentuk bandar Islam adalah timbul daripada perasaan umat Islam sendiri untuk melahirkan aqidah mereka kepada bangunan-bangunan yang timbul daripada kehendak kehidupan seharian masyarakat Islam. Jadi ia mempunyai kedua elemen fungsi yang estetik. Hasil seni rekabentuk bandar juga adalah kerana ajaran Islam sendiri tidak menghalang akan usaha-usaha tersebut asalkan ia bersesuaian dengan kehendak-kehendak Islam. Kajian keatas elemen-elemen yang terdapat didalam beberapa bandar-bandar Islam tradisional menunjukkan bahawa satu persamaan ujud didalam bandar-bandar ini. Jenis-jenis bangunan dan cara-cara bagaimana mereka disusun direka bentukkan bersama-sama dengan bangunan-bangunan serta ruang-ruang dalam satu habitat manusia adalah mempunyai persamaan yang menakjubkan dan merupakan satu pembangunan fizikal yang unik. Isfahan merupakan satu penyataan secara halus tentang apa yang terdapat dikebanyakkan bandar Islam seperti Aleppo, Fez, Cairo, Istanbul dan lain-lain lagi. Rekabentuk bandar-bandar Islam tradisional di Timor Tengah mencerminkan akan kepercayaan dan cara hidup Islam, masyarakatnya, melalui organisasi fungsi didalam bandar, kualiti ruang dan hisasan-hiasan yang digunakan. Bermula daripada kepercayaan, ia melahirkan satu masyarakat yang mempunyai satu sikap serta pola sosial yang tersendiri yang kemudian melahirkan satu pembangunan fizikal yang beridentiti Islam.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003824 NA380 A45 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002878 NA380 A45 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002435307 NA380 A45 1980 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order