Cover image for Masalah hakisan dalam pembangunan bandar baru luar bandar : kajian kes Bandar Baru Bukit Besi (Ketengah)
Title:
Masalah hakisan dalam pembangunan bandar baru luar bandar : kajian kes Bandar Baru Bukit Besi (Ketengah)
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1984
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4327 ra
Abstract:
Penubuhan bandar baru di luar bandar bertujuan untuk mengurangi ketidak seimbangan sosio-ekonami, taburan penduduk dan ketidakseimbangan ruang di antara Wilayah. Bagaimanapun pembangunan yang dijalankan tanpa perancangan yang rapi telah menimbulkan berbagai masalah. Masalah alam sekitar adalah diantaranya yang dihadapi oleh bandar baru di samping kekurangan penduduk serta kemudahan sosial dan infrastruktur, yang boleh menghalang pencapaian matlamat sebenar perancangannya. Proses perbandaran di kawasan luar bandar telah melibatkan penerokaan dan pembersihan kawasan semulajadi secara besar-besaran. Pembangunan yang dijalankan tanpa menghiraukan pemeliharaan sistem ekologi telah mengakibatkan masalah alam sekitar khususnya hakisan tanah. Masalah hakisan dan pemendapan merupakan masalah yang kurang diberi perhatian tetapi mempunyai pengaruh yang luas ke atas kehidupan-kehidupan kita. Hakisan telah menyebabkan pencemaran sumber air, masalah banjir, kehilangan kesuburan tanah, perubahan corak saliran, masalah regim-regim hidrologi dan sebagainya. Di kawasan pembangunan banaar baru yang khususnya dibina di kawasan pendalaman dan berbukit, serta dipengaruhi oleh ciri-ciri alam sekitar seperti keadaan iklim dan sifat tanah-tanah yang sensitif kepada pengekploitasian permukaan, masalah hakisan merupakan ancaman yang serius. Di bandar Bukit Besi, hakisan tanah dan pemendapan bukan sahaja mempengaruhi perkembangan fizikal bandar, masalah kualiti alam sekitar, masalah 'maintainance' bahkan ianya melibatkan keselesaan dan kesejahteraan penghuni bandar baru. Atas kesedaran kepentingan objektif pembangunan bandar baru dan ekologi, kajian ini akan membentangkan langkah-langkah pengawalan dan pengurangan hakisan melalui tindakan-tindakan perancangan dan perlaksanaan pembangunan fizikal bandar baru dengan memberikan pertimbangan yang seimbang ke atas elemen-elemen alam sekitar.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003851 HT169.M32 B33 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002529 HT169.M32 B33 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002409195 HT169.M32 B33 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order