Cover image for Kajian kebisingan diruang-ruang pembelajaran, dengan rujukan kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas sebagai satu contoh
Title:
Kajian kebisingan diruang-ruang pembelajaran, dengan rujukan kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas sebagai satu contoh
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1982
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4477 ra
Abstract:
Kajian dissertasi ini terbahagi kepada dua tahap. Tahap pertama merupakan kajian maklumat asa bagi kumpulan pendidikan*. Pengumpulan maklumat asas oleh ahli-ahli kumpulan ini, bagi rujukan bagi tahap kedua kajian ini. Di dissertasi ini, tahap pertama akan menyentuh pada tajuk Falsafah pendidikan dan peranannya dalam perkembangan proses pembelajaran. Kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli kumpulan ini termasuklah, kaedah mengajar, perkembangan falsafah pendidikan, kurrikulum pendidikan, kemudahan fizikal, persekitaran sosial, perkembangan maktab-maktab perguruan dan fungsi guru. Dari itu, huraian yang dibentang disini tidaklah berkaitan secara langsung dengan tahap kedua. Ia hanya merupakan sebahagian dari maklumat asas yang akan diguna oleh ahli-ahli kumpulan ini jika perlu. Oleh itu dissertasi ini dibahagi kepada dua bahagian yang berasingan. Dalam kajian tahap pertama akan disentuh secara ringkas mengenai Falsafah Pendidikan di zaman silang dan peranan-peranan yang telah di mainkannya. Kemudian disentuh Falsafah Pendidikan di Malaysia, sejak zaman penjajahan hingga masa kini. Pernekanan ditumpu pada kajian perkembangannya dari aspek dasar dan usul-usul yang digunakan bagi melaksanakan falsafah-falsafah tertentu. Kemudian ditahap kedua akan ditumpu pada kajian khas dissertasi ini. Kajian utama ini bertumpu pada kajian kebisingan di ruang-ruang pembelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Cheras, Kuala Lumpur. Kajian utama ini akan dibahagi kepada tiga babah. Pertamanya kajian akan bertumpu pada kajian ringkas maklumat asas. Kajian ini dijalankan di perpustakaan. Maklumat dikumpul dari bahan-bahan bacaan. Perkara yang akan dibincang termasuk definasi-definasi serta prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kajian ini. Ini adalah bagi memudahkan permahaman di peringkat seterusnya. Kemudian akan dibincang secara ringkas mengenai alat-alat yang akan diguna bagi pengukuran semasa kajian di maktab perguruan. Babah kedua akan membincangkan atur cara bagaimana kajian dan pengukuran paras bunyi akan dijalankan, semasa kajian luar. Disini akan diterangkan susunan berkerja bagi mendapat bacaan paras bunyi bagi ruang-ruang kajian ini. Kawalan pada kerja pengukuran paras bunyi di ruang-ruang ini akan diterangkan. Ini adalah perlu bagi menghasilkan bacaan pengukuran yang tepat dan sah. Babah terakhir ini akan menyediakan maklumat-maklumat yang telah dikumpul melalui kajian di perpustakaan dan kajian luar di maktab. Ini termasuklah pelan tataatur maktab, maklumat am dari kajian ruang-ruang tertentu, keratan ruang-ruang kajian, paras bunyi yang telah diukur, graf kriteria bunyi (PNV) dan sebagainya. Kemudian, penemuan dari hasil kajian akan dibentangkan. Aspek yang akan dibincang adalah seperti punca masalah, punca bunyi, paras bunyi, pendapat pengguna mengenai perkara ini, binaan dan bahan yang diguna, perancangan dan sebagainya. Dari maklumat-maklumat yang telah dikumpul maka penganalisaan pada darjah keselesaan dari segi kebisingan akan dibincang. Penganalisaan ruang-ruang akan dijalan mengikut susunan berikut, iaitu, Makmal Sains, Studio Pandang Dengar, Bilik Jahitan, Bilik Muzik, Dewan Kuliah dan akhirnya Bilik Kuliah. Kajian ini akan diakhiri dengan rumusan-rumusan, dari penemuan. Penemuan dan cadangan akan dibincang secara menyeluruh dan ringkas.
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003458 NA2543.N6 M64 1982 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003203 NA2543.N6 M64 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002389728 NA2543.N6 M64 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order