Cover image for Penggunaan tanah bekas lombong untuk pembangunan perumahan. Kajian kes : Puchong, Selangor
Title:
Penggunaan tanah bekas lombong untuk pembangunan perumahan. Kajian kes : Puchong, Selangor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3811 ra
Abstract:
Tanah adalah merupakan satu sumber sokongan yang utama untuk menampung perkembangan pembangunan terutamanya di bandar-bandar utama. Akan tetapi perlu disedari bahawa tanah juga adalah suatu sumber yang terhad dan kekurangannya terutama tanah pembangunan yang sesuai telah mula dirasai. Justru itu, alternatif lain seperti tanah bekas lombong mula dieksploitasikan untuk memenuhi kehendak-kehendak pembangunan terutama pembangunan perumahan. Tanah bekas lombong adalah kurang sesuai untuk pembangunan perumahan disebabkan ia mempunyai ciri-ciri tanah yang lemah. Tanah jenis ini memerlukan pembaikan-pembaikan tertentu sebelum ianya sesuai untuk pembangunan. Dari hasil kajian, berdasarkan pada sebuah kawasan bekas lombong di Puchong, kos pembangunan perumahan adalah tinggi terutamanya apabila dilaksanakan oleh pihak swasta. Pembangunan rumah kos rendah sekuarang-kurangnya 30% seperti yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga maksima $25,000 adalah sukar untuk dilaksanakan kecuali dengan menggunakan konsep 'cros-subsidization'. Ini dilakukan dengan menaikkan harga jualan perumahan kos sederhana dan tinggi demi menampung kerugian pada perumahan kos rendah. Bagaimanapun kos pembangunan perumahan adalah lebih rendah jika sektor awam yang melakasanakan pembangunan perumahan pada kawasan bekas lombong. Untuk pembangunan di kawasan kajian yang dimilik oleh sektor swasta, jenis pembangunan yang dicadangkan ialah 30% perumahan kos rendah, 60% perumahan kos sederhana dan 10% perumahan kos tinggi. Di samping itu juga disediakan garispanduan pembangunan pada kawasan bekas lombong. Ini termasuklah menentukan agensi perlaksanaan ayng sesuai iaitu samada oleh sektor awam, swasta atau dengan usahasama antara kedua sektor ini. Langkah-langkah pengurangan kos pembangunan juga perlu dilakukan iaitu dengan pembangunan ditumpukan pada tanah yang sediada timbus dan mengurangkan harga tanah. Di samping itu juga kawalan aktiviti perlombongan
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Fakulti Alam Bina) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003127 HD1741.M3 S49 1988 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002987 HD1741.M3 S49 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order