Cover image for Sejarah perkembangan Bandar Alor Setar
Title:
Sejarah perkembangan Bandar Alor Setar
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7818 ra
Abstract:
Perkembangan dan pembentukan bandar dapat dikaitkan dengan perubahan mendadak yang berlaku di dalam struktur dan kegiatan ekonomi. Masyarakat menjadi lebih progresif di dalam sistem ekonomi dan akhirnya timbul kepentingan terhadap keselamatan aktiviti sosial dan ekonomi masyarakat tersebut. Ini diikuti oleh pertambahan penduduk yang memerlukan satu pengelompokan petempatan yangdinamakan bandar. Secara kasarnya, petempatan awal dapat dibahagikan kepada empat zaman yang penting iaitu Zaman Paleolitik. Zaman Proto-Neolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Ganasa. Perkembangan bandar adalah disebabkan wujudnya petempatan-petempatan yang menggambarkan hubungan manusia dengan alam sekiling dan sejarahnya. Misalnya, kedatangan Inggeris ke bandar-bandar di tanah melayu seperti Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur, yang pada mulanya merupakan perkampungan penduduk-penduduk tempatan. Campur tangan Inggeris ini, yang bertujuan menguasai bidang ekonomi Tanah Melayu dalam abad yang ke 19, menyebabkan perkampungan-perkampungan tersebut mengalami proses perkembangan dan perbandaran (1). Dengan campur tangan Inggeris ini juga, telah mengakibatkan migrasi masuk atau penghijrahan penduduk asing beramai-ramai ke Tanah Melayu seperti dari Indonesia, Cina dan India. Penduduk-penduduk asing ini adalah untuk bekerja di kawasan-kawasan perlombongan, ladang-ladang getah, kelapa dan lain-lain. Bandar mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Ada yang hanya memperhatikan bandar berdasarkan kepada kenampakan secara fizikalsahaja. Ada pula yang melihat dari segi jumlah penduduk, dan setengahnya berdasarkan kepada bentuk masyarakat. Walau apa pun tafsirannya, dapatlah disimpulkan bahawa bandar adalah petempatan yang mempunyai saiz, kepadatan, pekerjaan dan nilai masyarakat yang tertentu dengan fungsi yang tertentu
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001952286 HT147.M3 N59 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order