Cover image for Implikasi pembinaan projek perumahan terhadap alam sekitar
Title:
Implikasi pembinaan projek perumahan terhadap alam sekitar
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 2000
Abstract:
Perbezaan pandangan dan cara di dalam menangani isu alam sekitar telah menjadi perbahasan yang rancak di peringkat antarabangsa. Begitu juga di Malaysia, isu alam sekitar telah lama diperbincangkan. Antara penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembangunan projek-projek pembinaan. Salah satu isu yang seirng ditimbulkan ialah pencemaran alam sekitar yang berpunca dari aktiviti-aktiviti pembangunan projek-projek pembinaan perumahan. Seiring dengan pembangunan ekonomi negara, industri pembinaan juga terus membangun. Industri pembinaan adalah salah satu penyumbang terbesar di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Oleh yang demikian isu pencemaran perlu diambil serius oleh semua pihak, terutama pihak yang terlibat di dalam projek pembinaan. Di dalam projek pembinaan perumahan, pelbagai aktiviti pembinaan dijalankan bermula dari kerja tanah hingga kerja-kerja pembersihan selepas penyiapan pembinaan. Aktiviti-aktiviti pembinaan ini boleh menyebabkan pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran asap dan bunyi yang disebabkan oleh penggunaan jentera binaan. Kerajaan yang dibantu dengan jabatan-jabatan tertentu, memperuntukkan undang-undang alam sekitar di dalam mengawal pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembinaan ini. Persoalannya adakah peruntukkan undang-undang ini berkesan di dalam mengawal pencemaran yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembinaan ini? Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pematuhan peruntukan undang-undang yang sedia ada di dalam mengawal aktiviti pembinaan perumahan daripada mencemarkan alam sekitar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 2000

Available:*

Library
Item Barcode
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002973 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order