Cover image for Memperkenalkan sistem pengeluaran di kilang memproses nenas
Title:
Memperkenalkan sistem pengeluaran di kilang memproses nenas
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai: UTM, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7843 ra
Abstract:
Kajian yang dijalankan ini adalh berkaitan dengan kajian kerja dan kawalan kualiti di kilang Pineapple Cannery Malaysia Sdn. Bhd. Kajian ini dijalankan di PCM kerana kajian seumpama ini belum pernah dijalankan di sini. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang wujud dalam talian pengeluaran, menentukan masa piawai bagi proses yang dipilih, cuba meringkaskan perjalanan proses tanpa menjejaskan kualiti barangan, mengurangkan masa proses dan masa melahu dan mengenalpastti sistem kawalan kualiti yang dijalankan di PCM serta mencadangkan kaedah yang boleh meningkatkan lagi kualiti barangan yang dihasilkan. Pendekatan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah dengan menggunakan kajian kerja, pengukuran kerja dan soal - selidik. Hasil dari pengukuran kerja yang dilakukan dan dengan memberikan faktor kadar dan kelegaan maka masa piawai dapat ditentukan bagi aktiviti tertentu. Di akhir projek ini cadangan bagi kajian kerja dan kawalan kualiti telah diberikan. Hasil dari cadangan yang diberikan telah dapat memendekkan masa kitar proses dan dapat menentukan pembahagian kerja yang seimbang bagi pekerja. Teknik kajian kerja boleh dilaksanakan dalam industri mengetin makanan kerana ia boleh memperbaiki kaedah melakukan kerja serta memastikan aliran bahan adalah lebih cekap lagi.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002196719 TS156.N53 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order