Cover image for Sistem pengurusan kualiti (ISO 9000) bagi firma pemaju
Title:
Sistem pengurusan kualiti (ISO 9000) bagi firma pemaju
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8431 ra
Abstract:
Kualiti telah menjadi isu hangat dalam industri binaan di Malaysia terutamanya selepas tragdi Highland Tower yang berlaku pada 11 Disember 1993. Harapanpelanggan yang semakin tinggi, persaingan dan tekanandari pihak kerajaan tempatan telah membawa suatu dimensi baru terhadap soal kualiti dalam industri binaan. Kualiti perkhidmatan dan barangan yang dihasilkan merupakan perkara penting yang perlu diambil perhatian sekiranyasyarikat binaan hendak terus menapak dalam industri binaan. Dalam industri binaan, rangkaian bekalan bermula dari pemaju, diikuti oleh akitek, jurutera dan juruukur bahan,kontraktor dan berbalik semula kepada pemaju dan pelanggannya. Oleh itu, pemaju berperanan sebagai penggerak utama dalam usha untuk mendpatkan pengiktirafan ISO 9000. Objekrif utama penyelidikan ini adalah untuk memberipengetahuan asas mengenai sistem pengurusan kualiti ISO 9000 dan kebaikannya; mengenalpasti sikap dan penerimaan frima pemaju terhadap ISO 9000; mengenalpasti masalah yang dialami oleh firma pemaju dalam melaksanakan sistem tersebut dan mencadangkan penyelesaian terhadap masalah tersebut dan memnginterprasi kehendak-kehendak ISO 9002 dari kontek firma pemaju serta membentuk model pengurusan kualiti bagi firma pemaju yang menepati kehendak-kehendak ISO 9000 secara efektif dan berterusan dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan ISO 9000. Hasil kajian menunjukkan bahawa banyak firma pemaju mempunyai sistem pengurusan kualiti masing-masing dan menunjukkan minat untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Punca utama yang melambatkan permohonan mereka untuk pengiktirafkan ISO 9000 adalah disebabkan masalah dari segi masa dan kewangan serta kekurangan sumber manusia. Manakala bagi firma yang telah berjaya dalam mempreolehi pengiktirafkan ISO 9000 pula menghadapi masalah dari segi sambutan kaikakitangan yang kurang memuaskan, perbelanjaan yang tinggi dan masalah teknikal dalam peringkat penyediaan manual dan prosedur kualiti. Masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan memberi ganjaran kepada kakitangan dan memberikan masa yang lebih panjang untuk perunding atau pengurus sistem kualiti untuk emmehami operasi firma sebelum penulisan manual dan prosedur kualiti serta memohon untuk subsidi dari Skim Khidmat Perundingan. Model pengurusan kualiti ISO 9000 yang dibentuk mempunyai lapan langkah yang berikut (!) penglibatan pihak pengurusan atasan; 2) membentuk kumpulan pengurusan kualiti 3) Penilaian awalan; 4) menulis manual dan prosedur kualiti; 5) memberi latihan kepada kakitangan dan melaksanakan system; 6) Audit dalaman dan pemeriksaan pengurusan; 7) Pengauditan SIRIM dan 8) memperolehi pengiktirafan dan mengekalkan sistem.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002989 TS156. C54 1995 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003144130 TS156.C54 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order