Cover image for Kajian terhadap pasaran perkhidmatan jurukur bahan di Malaysia masa  kini
Title:
Kajian terhadap pasaran perkhidmatan jurukur bahan di Malaysia masa kini
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7940 ra
Abstract:
Dalam industri binaan, klien merupakan pihak terpenting yang mewujudkan pembangunan sesebuah projek. Selaras dengan perkembangan industri binaan, klien juga mempunyai kehendak-kehendak yang 'complicated dan 'advanced'. Biasanya klien tahu dalam industri binaan perkhidmatan Jurukur Bahan adalah perlu. Bagaimanapun, kebanyakannya tidak tahu dan kurang faham tentang perkhidmatannya. Untuk menawarkan perkhidmatannya, Jurukur Bahan hendaklah mengenalpasti dan mempunyai penyaluran balik maklumat yang konstan berkenaan kemajuan dan juga keputusan kepada pihak klien. Ini adalah kerana kadangkala keadaan projek akan berubah dan ini akan mengubah cara perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan kata lain, Jurukur Bahan hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti bidang-bidang dan bentuk-bentuk perkhidmatan yang diharapkan oleh pihak klien. Selain dari itu, langkah-langkah yang sewajarnya adalah perlu untuk menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak klien. Kajian ini adalah lebih tertumpu kepada pelbagai kategori klien dan juga firma ukur bahan yang terdapat di Malaysia. Masa kini perkhidmatan Juruukur Bahan diperlukan oleh klien adalah meliputi perkhidmatan pra dan pos kontrak dan juga perkhidmatan yang 'advanced'. Sehubungan dengan itu, Juruukur Bahan perlulah menceburi bidang-bidang baru seperti kejuruteraan berat, mekanikal dan jga elektrikal. Selain dari itu, untuk menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak klien, peranan institusi pengajian tinggi dan Institusi lain seperti ISM dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia adalah perlu. Subjek-subjek yang sediada perlulah di ajar dengan lebih efektif lagi. Manakala subjek seperti pengurusan projek adalah perlu diperkenalkan ISM dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia pula perlulah melonggarkan peraturan tentang pemasaran perkhidmatan Juruukur bahan supaya profesion ini lebih dikenali dalam industri binaan amnya dan klien khasnya. Peranan semua pihak adalah penting untuk meningkatkan pasaran perkhidmatan Juruukur Bahan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1992.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000039 TH437 .N57 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002190472 TH437 .N57 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order