Cover image for Promosi profesion ukur bahan melalui pemasaran
Title:
Promosi profesion ukur bahan melalui pemasaran
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1989
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5514 ra
Abstract:
Profesion ukur bahan pada masa kini menghadapi berbagai cabaran. Banyak perubahan telah berlaku dalam industri binaan sejak pengenalan profesion ini. Akhir-akhir ini, Juruukur Bahan mengalami ancaman kekurangan kerja. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti kemelesetan ekonomi, tidak diupah dalam kebanyakan projek pembinaan, kurang inisiatif untuk melibatkan diri dalam skop kerja yang lain dan kurang terkenal. Disertasi ini akan melihat keperluan mempromosikan profesion ini melalui pemasaran. Dua matlamat disertasi ini ialah mengkaji penggunaan pemasaran dalam profesion ukur bahan dan bagaimana ianya dapat mempromosi profesion tersebut. Penulisan ini akan tertumpu kepada Jurukur bahan sektor swasta. Di antara aktiviti-aktiviti pemasaran yang akan dilihat di sini ialah prosesnya, kajian pemasaran, perancangan pemasaran dan aktiviti-aktiviti promosi. Dalam menjalankan pemasaran ini, Jurukur Bahan harus memastikan ia tidak bertentangan dengan etika profesional. Berbagai aspek khas profesion ukur bahan juga harus diambilkira. Pemasaran tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan diri. Jika pemasaran ini dapat dijalankan dengan baiknya, ia akan dapat mempromosikan profesion ukur bahan kepada industri binaan dan juga masyarakat secara keseluruhannya. Dengan ini, masalah kekurangan kerja juga boleh diatasi.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002654 HD9715.C46 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order