Cover image for Penggunaan pendekatan sistem terbuka dalam menganalisis keberkesanan pengurusan Bahagian Perancang Bandar Majlis Perband aran Kuala Terengganu
Title:
Penggunaan pendekatan sistem terbuka dalam menganalisis keberkesanan pengurusan Bahagian Perancang Bandar Majlis Perband aran Kuala Terengganu
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7698 ra
Abstract:
Di dalam sesebuah organisasi yang terlibat dalam perancangan spatial bandar, pengurusan adalah faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi adalah kecekapan pembangunan secara langsung atau sebaliknya. Bagaimana faktor ini sering diabaikan oleh jururancang disebabkan sama ada faktor pengurusan dianggap sebagai di luar bidang pengkhususan dan kuasanya atau disebabkan kurangnya pengetahuan berhubung aspek kepengurusan. Oleh itu keberkesanan dalam pengurusan terus menjadi faktor yang kurang diberi penekanan. Fenomena ini perlu diubah untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi perancang bandar menerusi penganalisaan terhadap tahap keberkesanan pengurusan pada masa kini. Penganalisaan keberkesanan itu sendiri bersifat kompleks dan mudah dipertikaikan disebabkan ianya banyak bergantung kepada persepsi pengkaji dan ahli organisasi berkenaan. Dalam konteks kajian, satu pendekatan iaitu Pendekatan Sistem Terbuka digunakan sebagai kaedah penganalisaan. Berbeza dengan pendekatan-pendekatan pengurusan lainnya yang melihat pengurusan dalam skop yang terhad kepada sesebuah organisasi sahaja, pendekatan ini melihat organisasi sebagai gabungan sub-sistem-subsistem yang saling bergantung dan berhubungan dengan persekitaran untuk terus hidup. Pengurusan adalah teras yang menggabung sub-sustem-sub-sistem ini (iaitu matlamat, psiko-sosial, teknikal dan struktur organisasi) bagi menghasilkan keluaran (output) untuk masyarakat. Dalam analisis ini sub-sistem-sub-sistem ini dijadikan ukuran untuk melihat tahap pencapaian keberkesanan pengurusan secara menyeluruh. Oleh kerana organisasi kajian terbahagi kepada bahagian-bahagian yang menampakkan tahap keberkesanan yang berbeza, penekanan kajian akan dibuat kepada potensi dan masalah yang dihadapi oleh setiap bahagian. Contohnya antara masalah utama pada masa kini ialah kurangnya komitmen kakitangan terhadap pencapaian matlamat organisasi, bagaimanapun masalah ini hanya melibatkan bahagian-bahagian tertentu dalam organisasi sahaja. Seterusnya dalam mengemukakan cadangan, penekanan terhadap bahagian-bahagian ini dikekalkan untukmemudahkan implementasi cadangan. Bahagian cadangan dibuat secara penyelesaian masalah ('problem solving') bagi mengatasi masalah-masalah pengurusan di samping menggunapakai potensi-potensi yang wujud dalam organisasi kajian. Selain dari menganalisis keberkesanan, adalah turut menjadi objektif kajian ini untuk menggunapakai pendekatan ini sebagai eksperimen khusus dalam pengurusan sebuah organisasi perancang bandar. Kesesuaian dan kekurangan pendekatan ini dalam kajian-kajian seumpama ini akan dapat diketahui menerusi kajian ini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000011 HT169.M32 T793 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001342900 HT169.M32 T793 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order