Cover image for Analisis unsur surihan dan logam berat logam spesies tersetempat di persisian Pantai Johor Selatan dengan kaedah analisis pengaktifan neutron dan spektroskopi serapan atom
Title:
Analisis unsur surihan dan logam berat logam spesies tersetempat di persisian Pantai Johor Selatan dengan kaedah analisis pengaktifan neutron dan spektroskopi serapan atom
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7863 ra
Abstract:
Analisis Pengaktifan Neutron (APN) dan Spektroskopi Serapan Atom (SSA) telah digunakan untuk menentukan unsur-unsur surihan dan logam berat dalam sampel biologi. Teknik APN digunakan untuk mengesan unsur-unsur kobalt, kromium, zink, merkuri, arsenik dan antimoni. Unsur-unsur yang tidap dapat dikesan dengan menggunakan APN iaitu plumbum, kadmium dan kuprum digunakan teknik Spektroskopi Serapan Atom. Pemisahan unsur daripada unsur alkali dan alkali bumi dilakukan dengan menggunakan resin chelex 100. Bahan piawai yang digunakan terdiri dari larutan sebatian nitrat dan juga Coal Ash (1632A). Sampel biologi yang dianalisis diambil dari berbagai lokasi di sepanjang perairan pantai Johor Selatan, dari Pontian Kecil di sebelah barat sehingga ke Sedili di sebelah timur. Sampel biologi yang dikaji di fokaskan kepada sampel yang boleh di makan iaitu terdiri dari udang, ketam, kupang, siput dan kerang. Daripada kajian didapati terdapat dua logam yang telah melebihi had yang dibenarkan oleh Akta Pemakanan 1983 iaitu merkuri dan plumbum. Masing-masing mencatatkan kepekatan yang paling tinggi iaitu 1.329ppm dan 4.75 ppm. Spesies kupang dan ketam dikenal pasti sebagai spesies yang berupaya untuk menyimpan kepekatan logam berat yang tinggi di dalam tisu badannya. Kawasan teluk telah telah dikenalpasti sebagai kawasan yang paling teruk dicemari oleh logam berat dan unsur surihan manakala kawasan timurnya merupakan kawasan yang bersih dari pencemaran.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Sains) - Univerisit Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001955214 QP519.9 .N87 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order