Cover image for Analisa hartanah dan penyertaan bumiputera di Kawasan perusahaan Senawang
Title:
Analisa hartanah dan penyertaan bumiputera di Kawasan perusahaan Senawang
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4506 ra
Abstract:
Kajian ini dijalankan memerhati pencapaian dan penyertaan Bumiputera didalam sektor industri di kawasan Perusahaan Senawang. Bagi mencapai objektif itu analisa hartanah dibuat terhadap jenis-jenis industri yang terdapat di kawasan berkenaan. Penulis juga membincangkan kesan-kesan dari pembangunan hartanah perindustrian. Hasil daripada analisis jenis industri menunjukkan di kawasan Perusahaan Senawang terdapat 14 jenis industri. Industri yang terbanyak adalah industri mengeluarkan barang-barang elektronik atau barang logam sebanyak 24.14 peratus. Antara sebab-sebab jenis industri ini paling diminati adalah kerana terdapat kemudahan pasaran dan kemudahan mendapat tenaga buruh. Pembangunan hartatanah perindustrian juga memberikan kesan terhadap pembangunan sekitar iaitu menjadi punca kemajuan Bandar Satelit Senawang dan menimbulkan pencemaran seperti asap, bunyi dan bau. Hanya pencemaran bau sahaja yang sampai ke kawasan perumahan. Tiada tindakan dari pihak industri untuk mengurangkan pencemaran tersebut. Pencemaran jenis lain dapat diatasi kerana ada kawasan hijau yang memisahkan kawasan industri dengan kawasan perumahan. Oleh itu kawasan ini boleh menjadi faktor penggenap kepada kawasan perumahan di Bandar Satelit Senawang. Dari kajian ini didapati bahawa penyertaan Bumiputera didalam sektor industri samada dari segi pemilikan saham dan pengurusan masih terlalu kecil. Pemilikan saham Bumiputera hanya 20.9 peratus. Penglibatan Bumiputera dalam pengurusan adalah 35.58 peratus dan peratusan ini telah melebihi peratusan tahun 1979. Dari segi pekerjaan, penyertaan Bumiputera secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu 52.42 peratus, kebanyakan pekerjaan jenis tidak mahir. Bagi memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam sektor industri terutama daari segi pemilikan saham, penulis mencadangkan supaya diperuntukkan beberapa peratus dari lot-lot industri untuk Bumiputera. Di samping itu juga syarat pengambilan pekerja Bumiputera tidak kurang dari 45 peratus mestilah dilaksanakan terutama di kalangan pekerja mahir, bukan sekadar mengujudkan syarat-syarat tetapi tiada pelaksanaan bagi mencapai penyertaan bumiputera yang mencukupi.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005900 HD1387.M32 S46 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002437147 HD1387.M32 S46 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order