Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Implikasi kos ke atas pembangunan hartanah berkaitan dengan keperluan jabatan-jabatan kerajaan
Title:
Implikasi kos ke atas pembangunan hartanah berkaitan dengan keperluan jabatan-jabatan kerajaan
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1986
Abstract:
Pembangunan hartanah memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara yang membangun seperti Malaysia. Pemaju sama ada dari sektor swasta mahupun awam dipertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan fizikal tanah sama ada dari segi pembangunan untuk kegunaan perindustrian, perdagangan ataupu kediaman. Dengan pesatnya pembangunan, maka timbul pula keperluan untuk pengawalan supaya kepentingan awam terjaga dan juga supaya tidak berlaku pencemaran kepada alam sekeliling akibat daripada pembangunan yang tidak terkawal. Justeru itu beberapa Akta dan perundangan di gubal di mana beberapa jabatan kerajaan menguatkuasakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju. Diantara syarat-syarat yang dikenakan adalah pembayaran wang sumbangan kepada beberapa jabatan kerajaan yang berkenaan, semasa proses meluluskan cadangan pembangunan pihak pemaju. Proses permohonan kelulusan dari jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dibahagikan ke beberapa peringkat, di mana pemaju perlu menepati syarat-syarat yang dikenakan termasuk membayar wang sumbangan. Di dalam hal ini, pemaju dari sektor awam mahupun swasta perlu melalui proses yang sama. Pemaju sektor awam dikenakan kadar bayaran sumbangan yang berlainan. Wang sumbangan ini sukar ditentukan kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor yang berubah. Setiap cadangan pembangunan itu perlu dikaji dari aspeknya yang tersendiri, iaitu dari segi lokasi, jenis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hasil dari kajian yang telah dibuat beberapa panduan dan data-data telah dikumpulkan untuk dijadikan panduan, khasnya kepada Jurukur Bahan untuk memudahkan penyediaan kajian kemungkinan bagi pembangunan hartanah.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002745 HD1375 A84 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000010086984 HD1375 A84 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page