Cover image for Pusingan pergerakan nilai harta tanah :  kes kajian : rumah teres satu tingkat dan dua tingkat di Taman Pelangi, Johor Bahru
Title:
Pusingan pergerakan nilai harta tanah : kes kajian : rumah teres satu tingkat dan dua tingkat di Taman Pelangi, Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8799 ra
Abstract:
Penilaian nilai harta tanah dan pusingannya merupakan satu fenomena yang sukar untuk ditentukan. Lebih-lebih lagi untuk membuat unjuran mengenai pergerakan nilai harta tanah untuk masa akan datang. Dalam proses menuju kearah negara maju menjelang abad yang ke dua puluh satu keperluan untuk menjangka nilai harta tanah semakin penting dan diperlukan bagi setiap proses pembangunan harta tanah. Keadaan pasaran harta tanah di Johor Bahru telah menunjukkan peningkatan nilai yang mendadak sejak hampir sedekad yang lalu dan telah menghasilkan pusingan nilai harta tanah yang sukar diramalkan. Menurut kajian-kajian sebelum ini pola pergerakan harga menunjukkan keadaan yang hampir serupa berlaku setiap 10 hingga 15 tahun. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan harga selama ini hanya dinilai secara kuanlitatif sahaja tanpa disokong secara kuantitatif. Oleh yang demikian kajian ini selain dari bertujuan untuk melihat pola atau trend pergerakan nilai harta tanah yang di kaji - (teres satu dan dua tingkat di Taman Pelangi) ia juga adalah untuk melihat kesan faktor-faktor makro keatas pergerakan nilai harta tanah berkenaan. Pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah melalui kajian literature, pengumpulan data-data yang berkaitan dan memindahkannya kedalam bentuk kuantitatif sebelum dianalisa dengan menggunakan kaedah regresi berganda - multiple regression analysis (MRA). Menerusi kaedah ini dua model telah dihasilkan dengan nilai coefficient of determination masing-masing sebanyak 92% dan 75% bagi teres satu dan dua tingkat. Faktor makro yang utama dikesan menyebabkan berlakunya perubahan di dalam nilai pasaran harta tanah adalah PENDAPATAN PERKAPITA. Faktor ini telah memberikan nisbah yang paling besar di dalam kedua-dua model yang dihasilkan. Oleh yang demikian di dalam menentukan nilai pasaran harta tanah terutama di dalam membuat jangkaan pasaran masa depan terdapat beberapa faktor makro yang perlu diberi perhatian.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003761016 HD1390 K36 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order