Cover image for Kajian terhadap pemberian elaun kekosongan kadaran : kes kajian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Title:
Kajian terhadap pemberian elaun kekosongan kadaran : kes kajian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Physical Description:
1 reel : 35mm
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7448 ra
Abstract:
Kadaran adalah merupakan sumber kewangan yag utama bagi sesebuah Kerajaan Tempatan (KT). Lebih 70% daripada jumlahpendapatan yang diperolehi pada setiap tahun adalah berpunca daripada penilaian harta-harta yang terdapat di dalamkawasan yang digezetkan untuk tujuan tersebut mengikut pertimbangan Kerajaan Tempatan berkenaan. Keseluruhan sistem kadaran di Malaysia adalah terkandung di dalam Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Akta Kerajaan Tempatan 1976 (selepas ini disebut AKT 1976) telahmemberikan penjelasan yang lebih lengkap tentang pemberian Elaun kekosongan kepada bangunan-bangunan yang menghadapi masalah kekosongan. Seksyen 162 AKT 1976 telah memperuntukkan bahawa Elaun Kekosongan hanya akan diberikan jikabangunan tersebut mengalami kekosongan di dalam tempoh yang melebihi satu bulan. Rasional pemberian Elaun Kekosongan itu adalah disebabkanoleh pemilik bangunan mengalami kerugian didalam tempoh tersebut yang mana pulangan sewa tidak dapat diperolehi sepertimana yang diharapkan. Disamping itu, kehilangan pendapatan sewa itu juga menyebabkan terdapat dikalangan pemilik bangunan yang terbeban bagi membayar balik pinjaman daripada institusi kewangan yang tertentu. Secara umumnya, kajian ini terbahagi kepada empat bahagian. Ianya dimulakan dengan keteraangan ringkas tentang kadaran, Elaun Kekosongan, prosedur pemberian Elaun Kekosongan, syarat-syarat dan bangunan yang layak mendapat Elaun Kekosongan dan kaedah pengiraan Elaun Kekosongan. Di bahagian ke dua, penulisan ini berkisar tentang pembangunan bangunan pejabat di Kuala Lumpur daripada tahun 1960an sehingga ke tahun 1980an yang menyebabkan berlakunya kekosongan bangunan pejabat akibat penawaran yang berlebihan. Seterusnya, penganalisaan akan dibuat tentang kesan pemberian Elaun Kekosongan terhadap pendapatan kadaran pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan keatas kaedah pengiraan Elaun Kekosongan. Akhir sekali, cadangan akan diberikan bagi memperbaiki sistem yang digunapakai di dalam pemberian Elaun Kekosonganpada masa ini. Ianya diharapkan akan menjadi garis panduan kepada PBT yang lainnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226062 HD1394 A53 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order