Cover image for Rancangan perumahan terbengkalai : perlindungan kepada pembeli
Title:
Rancangan perumahan terbengkalai : perlindungan kepada pembeli
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7448 ra
Abstract:
Rumah merupakan salah satu keperluan kepada manusia. Fungsi dan peranannya tidak boleh dinafikan oleh manusia sejagat. Di Malaysia, salah satu alternatif untuk orang ramai memiliki rumah ialah dengan membelinya dari pemaju-pemaju perumahan swasta dan undang-undang yang sedia ada membenarkan rumah-rumah ini dibeli wal;aupun bangunan belum dibina lagi. Oleh kerana wujudnya sistem sedemikian, terdapatlah rancangan-rancangan perumahan yang tidak dapat disiapkan di dalam tempoh masa yang ditetapkan dan akhirnya terbengkalai. Sehingga akhir tahun 1989, sebanyak 249 buah rancangan perumahan swasta telah terbengkalai yang membabitkan sejumlah 56,000 unit rumah dan 33,300 orang pembeli. Penulisan ini mengkaji tentang undang-undang yang mengawal kegiatan pemaju-pemaju perumahan, sebab-sebab kejadian perumahan terbengkalai, masalah-masalah yang pembeli hadapi, hak dan remedi terhadap mereka apabila berada dalam di dalam situasi tersebut. Selanjutnya penulisan ini memberikan pandangan dan petunjuk yang berkaitan dengan usaha-usaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan undang-undang kecil di bawahnya. Akhir sekali rumusan dan kesimpulan dibuat dengan melihat tentang pentingnya pindaan dibuat terhadap undang-undang berkenaan dan/atau mengubah sistem pembelian rumah yang ada sekarang ini. Penulisan ini diharapkan akan menjadi panduan kepada pihak Kerajaan dan pemaju perumahan supaya lebih peka terhadap hak dan kepentingan para pembeli rumah.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226070 HD7287.5 A65 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order