Cover image for Pengurusan Kompleks Dayabumi
Title:
Pengurusan Kompleks Dayabumi
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2475 ra
Abstract:
Penulisan Projek Khas ini merupakan satu kajian ke atas pengurusan yang dilaksanakan ke atas Kompleks Dayabumi. Di dalam bab-bab awal penulisan, penulis telah memperkenalkan tentang teori-teori pengurusan, pengenalan Kompleks Dayabumi serta badan pengurusan yang telah menguruskannya. Bab 5 merupakan intipati penulisan Projek Khas ini. Di mana dalam bab ini penulis telah membincangkan dengan panjang lebar mengenai teknik-teknik pengurusan yang telah di jalankan ke atas Kompleks Dayabumi. Pengurusan harian yang dijalankan ke atas kompleks ini dilihat menerusi peranan setiap jabatan di dalam organisasi badan pengurusan. Penulis juga cuba menganalisa kejayaan badan pengurusan mengendalikan tanggungjawabnya bagi memastikan kejayaan Kompleks Dayabumi sebagai pusat membeli-belah dan pejabat. Kaedah yang digunakan ialah dengan membuat analisa ke atas kadar sewa, analisa ruang, analisa penyewa dan orang ramai. Di dalam bab penutup pula penulis cuba membuat rumusan tentang kejayaan pengurusan yang dilaksanakan berdasarkan kepada analisa-analisa yang telah dibuat. Di samping itu juga penulis cuba memberi cadangan-cadangan bagi mengatasi kelemahan di dalam pengurusan yang dijalankan. Akhir sekali penulis telah cuba membuat kesimpulan ke atas pentingnya satu pengurusan yang cekap untuk mengendalikan sesuatu hartanah seperti Kompleks Dayabumi.
DSP_DISSERTATION:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005234 HD1394 R67 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order