Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penswastaan pembangunan harta tanah di pihak berkuasa tempatan : kes kajian : Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Kuantan)
Title:
Penswastaan pembangunan harta tanah di pihak berkuasa tempatan : kes kajian : Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Kuantan)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8806 ra
Abstract:
Pergantungan sumber hasil tradisi oleh pihak berkuasa tempatan tidak dapat untuk melaksanakan program pembangunan harta tanah di kawasannya. Tidak dapat dinafikan lagi peranan dan tanggungjawab majlis semakin besar sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi negara. Penglibatan majlis program pembangunan adalah selaras untuk menyeragamkan serta mempercepatkan pembangunan bandar. Sumbangan majlis ini bukanlah didorong semata-mata untuk memperolehi keuntungan tetapi untuk memenuhi tanggungjawab sosio-ekonomi dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Sumber hasil tradisi seperti cukai taksiran, perlesenan dan sebagainya hanya mencukupi [2~ [2~ [2~ [2~ [2~ [2~ [2bagi sesebuah majlis menampung perbelanjaan mengurusnya sahaja. Sebagai alternatif yang terbaik untuk mempelbagaikan sumber hasil adalah melalui program penswastaan pembangunan harta tanah. Pendekatan ini tidak memerlukan majlis mengeluarkan perbelanjaan pembangunan tetapi hanya perlu sediakan harta tanah sahaja. Program ini dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak iaitu swasta dan majlis. Untuk jangka panjang majlis dapat menambahkan sumber hasilnya samada dalam bentuk tunai mahupun harta. Persiapan majlis untuk mengadakan usahasama harus diberi perhatian yang serius terutama menyediakan kakitangan berkelayakan dan mahir dalam aspek penswastaan. Penilaian yang terperinci dan tepat oleh majlis untuk memilih rakan kongsi boleh mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kerugian. Melalui penyelidikan projek khas ini beberapa penemuan telah diperolehi iaitu dari segi kriteria pemilihan projek, keperluan kepada unit penswastaan dan kakitangannya serta halangan-halangan yang timbul untuk melaksanakan penswastaan. Penggunaan beberapa kaedah untuk menganalisis faktor-faktor telah memberikan keputusan kajian yang sistematik dan terperinci. Melalui teknik analisis pengskelan multidimensi (MDS) dapat menunujukkan kekuatan hubungan antara faktor-faktor dan dapat mengkelaskannya mengikut kelompok-kelompok tertentu. Terdapat juga pemasalahan dan halangan yang timbul untuk mengadakan program penswastaan. Apa yang menarik dengan penemuan ini adalah kebanyakan responden yang berlainan majlis memberikan pandangan ynag hampir sama berhubung dengan amsalah yang dikenalpasti untuk mengadakan penswastaan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003408089 HD1390 A42 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page