Cover image for Sistem talian penghantaran, kesannya terhadap gunaan dan nilai tanah : kajian stesyen janakuasa elektrik Lundang, Kota Bharu, Kelantan
Title:
Sistem talian penghantaran, kesannya terhadap gunaan dan nilai tanah : kajian stesyen janakuasa elektrik Lundang, Kota Bharu, Kelantan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 5105 ra
Abstract:
Perkembangan yang pesat dalam pembangunan di Negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini telah banyak merubah struktur penghidupan penduduk-penduduknya. Bertambahnya aktiviti-aktiviti ekonomi ole penduduk-penduduknya telah secara langsung menambahkan keperluan bekalan tenaga terutamanya tenaga elektrik untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti tersebut.Bertambahnya keperluan bekalan tenaga elektrik ini beerti perlunya tambahan dari bekalan yang sedia ada. Proses penambahan inilah yang melibatkan gunaan dan juga nilaian tanah dan seterusnya secara langsung melibatkan gunaan dan juga nilaian tanah dan seterusnya secara langsung melibatkan orang-orang awam. Satu bentuk teknologi yang digunakan untuk menghantar bekalan tenaga elektrik kuasa tinggi dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebelum ianya boleh digunakan ialah melalui sistem talian penghantaran yang mana terpaksa melalui tanah-tanah tertentu dalam sistemnya. Kajian ini bertujuan unutk melihat beberapa aspek yang terlibat dan juga kesan yang timbul akibat dari adanya talian penghantaran ini disamping cuba mengemukakan beberapa cadangan yang mungkin berguna kepada pihak-pihak yang berkenaan. Perbicaraan awal dalam kajian ini adalah menyentuh tentang talian penghantaran, adalah memberikan gambaran sepintas lalu yang jelas tentang objek yang dikaji. Perbicaraan ini cuba untuk memperlihatkan pengaruh-pengaruh objek yang dikaji terhadap tanah yang terlibat dan sekitarnya yang mana pengaruh-pengaruh ini juga memberi kesan terhadap gunaan dan nilaian tanah. Pemahaman tentang sistem ini adalah perlu untuk mengelakkan salah faham yang dinantinya boleh menimbulkan banyak masalah. Kemudian penumpuan akan dibuat diatas peruntukkan undang-undang yang berkaitan untuk melihat sejauh mana perlaksanaannya. Juga akan dilihat bagaimana peruntukkan undang-undang dalam penentuan pampasan yang akan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dan juga bentuk pampasan tersebut. Disini juga cuba diperlihatkan sekatan-sekatan ataupun perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang terlibat. Hal ini diperlihatkan untuk meninjau sejauh manakah sekatan-sekatan tersebut memberikan kesan terhadap tanah yang terlibat samada disudut gunaan maupun disudut nilaiannya. Disamping melihat objek yang dikaji, peruntukkan undang-undang dan juga ketetapan oleh pihak berkuasa, kajian ini juga cuba untuk mengemukakan bagaimana penilaian dibuat dalam penentuan pampasan. Meneliti perkara-perkara yang diambil kira dan sebagainya. Sterusnya kajian ini akan melihat dengan cara ayng mendalam terhadap matlamat utama kajian, iaitu terhadap gunaan dan nilaian tanah akibat dari adanya talian penghantaran. Gunaan tanah sengaja dikelaskan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan kajian dan memberi perbezaan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Disamping melihat juga kepada kesan terhadap nilai. Kajian ini dikhususkan bagi satu stesyen janakuasa supaya kesan-kesan yang timbul dapat ditunjukkan dengan jelas. Kombinasi antara faktor-faktor tadi akan dianalisa untuk melihat sejauh manakah kesan yang timbul terhadap gunaan dan nilai tanah bagi tanah yang terlibat dengan talian penghantaran dan juga melihat sejauh manakah keadilan dalam pembayaran pampasan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) -- Universiti Tejnologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006813 HD890.6.Z9 K6813 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001182678 HD890.6.Z9 K6813 1982 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order