Cover image for Peranan ejen harta tanah berdaftar di dalam proses jual beli harta tanah kediaman persendirian : tumpuan : harta tanah kediaman di sekitar Bandar Batu Pahat
Title:
Peranan ejen harta tanah berdaftar di dalam proses jual beli harta tanah kediaman persendirian : tumpuan : harta tanah kediaman di sekitar Bandar Batu Pahat
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7705 ra
Abstract:
Agensi harta tanah yang diamalkan secara profesional merupakan bidang yang agak baru di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti di Amerika Syarikat, United Kongdom dan sebagainya. Sehubungan dengan ini, buku-buku dan bahan kajian yang dibuat di dalam bidang agensi harta tanah agak kurang di negara ini berbanding dengan negara-negara maju tersebut. Menyedari keadaan ini, diharapkan kajian yang dilakukan terhadap peranan ejen harta tanah berdaftar di dalam proses jual beli harta tanah kediaman di bandar Batu Pahat dapat menambah kekurangan tersebut. Pengunaan perkhidmatan ejen harta tanah berdaftar dibandar-bandar besar di negara ini seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Penang adalah agak menggalakkan berbanding dengan penggunaannya di bandar-bandar kecil seperti bandar Batu Pahat, Muar, Melaka dan sebagainya. Dalam usaha mengenalpasti perkara ini, maka kajian ini cuba melihat peranan sebenar yang telah diberikan oleh ejen-ejen harta tanah berdaftar dalam proses jual beli harta tanah kediaman di bandar Batu Pahat. Kemudian ianya akan dibandingkan dengan peranan sebenar dari segi profesional iaitu apakah bentuk perkhidmatan yang sepatutnya diberikan oleh ejen harta tanah berdaftar berdasarkan asas pengetahuan yang dimiliki dan amalan etikanya. Di samping itu kajian ini akan menganalisa cadangan-cadangan dari pihak penjual harta tanah kediaman persendirian yang telah menggunakan perkhidmatan ejen harta tanah berdaftar dan bentuk-bentuk perkhidmatan yang diharapkan oleh bakal penjual harta tanah kediaman yang belum menggunakan perkhidmatan ejen harta tanah berdaftar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)--Universiti Teknologi Malaysia, 11992.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002190373 HD1387 T94 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order