Cover image for Pembangunan sistem maklumat transaksi harta tanah
Title:
Pembangunan sistem maklumat transaksi harta tanah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8805 ra
Abstract:
Profesyen penilaian sama seperti profesyen-profesyen lain, banyak melibatkan proses membuat keputusan dalam masa yang singkat. Kegagalan untuk memenuhi syarat tersebut akan menyebabkan kehilangan kepercayaan klien terhadap ahli profesyenal tersebut. Terdapat banyak maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu kerja penilaian. Di antara maklumat-maklumat tersebut, maklumat mengenai transaksi harta tanah yang dilaporkan merupakan maklumat yang terpenting dalam usaha untuk menganggarkan nilai pasaran terbuka sesuatu harta tanah. Kekurangan maklumat transaksi harta tanah akan menyebabkan kerja penilaian yang dihasilkan tidak tepat dan kurang bermutu. Pada masa ini, maklumat transaksi harta tanah telah dijual oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dalam bentuk cetakan, dan ia telah menjadi sumber maklumat utama penilai swasta. Walau bagaimana pun maklumat transaksi harta tanah yang dijual oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta tidak dapat memenuhi semua kehendak penilai swasta kerana jenis maklumat untuk sesuatu transaksi adalah tidak mencukupi. Tambahan pula masa dan tenaga kerja yang lebih diperlukan untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah dinyatakan di atas. Borang soal selidik telah diedarkan kepada penilai swasta supaya maklumat-maklumat yang diperlukan dapat ditentukan. Kajian ini menunjukkan sememangnya terdapat maklumat tambahan yang diperlukan. Berpandukan kepada hasil soal selidik, satu sistem maklumat transaksi harta tanah berkomputer telah dibangunkan. Dengan adanya sistem ini adalah diharapkan bahawa kerja-kerja penilaian dapat dilaksanakan dengan lebih senang, lebih cepat dan lebih berkesan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003408675 HD1387 L46 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order