Cover image for Sungai sebagai satu tarikan pelancongan : kajian kes : Sungai Muar, Johor
Title:
Sungai sebagai satu tarikan pelancongan : kajian kes : Sungai Muar, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7910 ra
Abstract:
Sungai merupakan sumber jaya semulajadi yang berpotensi untuk dimajukan. Sungai bandar menjadi satu tinggalan warisan terakhir di mana orang ramai masih berpeluang dan bergembira dengan sumberjaya semulajadi ini. Sungai juga sebagai satu aset yang boleh dieksploitasikan dengan lebih kreatif bagi tujuan pembangunan industri pelancongan sesebuah bandar. Atas kesedaran akan pentingnya sungai pada zaman ini terutamanya kepada penduduk bandar, setiap bandaryang memiliki sumberjaya tersebut perlu berusaha untuk memeliharanya. Oleh itu kajian yang dijalankan ini adalah untuk meningkatkan pembangunan sebuah sungai iaitu Sungai Muar sebagai salah satu sumber retreasi bagi tarikan pelancongan ke negeri Johor. Sungai Muar dipilih sebagai kawasan kajian memandangkan ianya mempunyai ciri-ciri yang unik sebagai sungai yang menyimpan pelbagai tinggalan sejarah serta masih kekal dengan keindahan semulajadinya. Sungai ini dijangka akan kembali beroperasi seperti dahulu iaitu sebagai sistem laluan air kepada para pelancongan. Untuk mencapai matlamat menjadikan Sungai Muar sebagai satu tarikan pelancongan dan rekreasi maka beberapa kajian telah dijalankan antaranya ialah Kajian Potensi Visual, Kajian Pengunjung, pihak Pentadbiran dan jga Peniaga Kecil-kecilan. Dalam mengenalpasti akan potensi yang patut diketengahkan kaedah Matrik Perbandingan dijalankan terhadap potensi aktiviti rekreasi dan pelancongan. Diakhirnya kajian ini terbentuklahbeberapa cadangan yang mengarah kepada peningkatan penggunaan Sungai Muar sebagai satu tempat berekreasi serta tarikan pelancongan di dalam Bandar Maharani.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000058 GV191.48 M32 M8315 1993 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002088643 GV191.48.M32 M8315 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order