Cover image for Perancangan kawasan peranginan bukit : kajian mengenai masalah di Genting Highlands
Title:
Perancangan kawasan peranginan bukit : kajian mengenai masalah di Genting Highlands
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4297 ra
Abstract:
Dari maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kawasan peranginan bukit Genting Highlands, menghadapi berbagai-bagai masalah perancangan. Fungsi kawasan ini sebagai kawasan hutan simpanan, kawasan tadahan air dan kawasan simpanan air serta punca saliran yang menyumbangkan kepada keharmonian alam sekitar dan pelancungannya, telah terganggu disebabkan oleh ketiadaan langkah-langkah kawalan keatas aktiviti-aktiviti pemaju. Selain dari itu kedudukannya disempadan negeri Pahang dan Selangor merupakan masalah yang berbeza dengan lain-lain kawasan pelancungan, dimana perancangannya melibatkan hak-hak dan kedaulatan kedua-dua kerajaan negeri tersebut. Berasaskan masalah-masalah ini, cadangan perancangan kawasan peranginan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama merumuskan perlunya 1) galakan penglibatan kerajaan bertujuan untuk memastikan dasar-dasar dan polisi-polisi negara dipertimbangkan dan dilaksanakan, dan 2) penyelarasan perancangan dengan kawasan sekitarnya supaya pembangunan dan perancangannya diintegrasikan dengan kawasan-kawasan disekelilingnya. Dibahagian kedua yang lebih khusus, cadangan-cadangannya ialah 1) prinsip dan konsep kawalan perancangan dan pembangunan melalui kaedah-kaedah Gariskasar Pelan Pembangunan, Kawalan Perancangan serta polisi-polisi pembangunan dan alam sekitar yang menekankan kepada kawalan alam sekitarnya disamping penyelesaian masalah-masalah lain yang berkaitan, 2) cadangan kawasan rekreasi dikawasan Sungai Chorok untuk petempatan fasiliti-fasiliti dan aktiviti-aktiviti rekreasi pinggir sungai, dan 3) cadangan struktur organisasi pembangunan yang mengandungi Perbadanan Pembangunan dan Perbadanan Genting Highlands yang melambangkan koordinasi pihak-pihak yang terlibat di dalam perancangan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003895 HT281.I37 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002556 HT281.I37 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order