Cover image for Rancangan pembaikan dan pembangunan semula Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru, Johor
Title:
Rancangan pembaikan dan pembangunan semula Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3163 ra
Abstract:
Perbandaran atau pembangunan bandar yang terus berkembang pesat secara langsung atau tidak, mempengaruhi kawasan sekitarnya. Di waktu yang sama, proses pembandaran mewujudkan banyak peluang pekerjaan, seterusnya menarik ramai penduduk luar berhijrah tinggal di bandar. Akibat migrasi masuk ini, para pendatang memerlukan tempat tinggal. Dari sini wujudlah perkampungan dalam bandar berkualiti rendah. Kediaman seperti ini sering menimbulkan beberapa implikasi negatif akibat dari perancangan yang organik. Seperti bandar-bandar lain yang pesat membangun, di Johor Bahru keadaan sedemikian dapat dilihat di Kampong Pasir, Tampoi. Kampong ini terbahagi kepada kawasan kediaman dirancang dan kediaman kurang dirancang. Kedua-duanya tidak dikawal, baik dari segi pembangunan fizikal ataupun sosial. Sistem sirkulasi, kemudahan infrastruktur dan utiliti kurang memuaskan. Sistem saliran kurang baik, pembentungan dan sistem pembuangan sampah kurang sempurna serta kurangnya penjagaan terhadap kebersihan kawasan kediaman sendiri. Keadaan demikian menyebabkan merosotnya kualiti alam sekitar. Dari itu satu tindakan perlu diambil bagi membangun dan memperbaiki keadaan tersebut. Strategi pembangunan yang dipilih adalah merupakan gabungan pembaikan terhadap kawasan kediaman dirancang dan pembangunan semula kawasan kediaman kurang dirancang. Ianya diterjemahkan kepada susunatur terperinci berdasarkan konsep perancangan. Melalui strategi ini diharap tingkat pembangunan fizikal Kampong Pasir dapat diperbaiki. Secara tidak langsung akan memulihkan keadaan sosial dan ekonomi disamping meningkatkan keselesaan hidup penduduk.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002463 HT431.M63 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003245 HT431.M63 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002387078 HT431.M63 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order