Cover image for Satu analisa pembangunan luarbandar dengan rujukan khas kepada kawasan luarbandar yang tidak dirancang : kajian kes : Mukim Sungai Balang, Muar
Title:
Satu analisa pembangunan luarbandar dengan rujukan khas kepada kawasan luarbandar yang tidak dirancang : kajian kes : Mukim Sungai Balang, Muar
Personal Author:
Publication Information:
1980
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4370 ra
Abstract:
Matlamat pembangunan sesebuah negara ialah untuk memenuhi kehendak-kehendak penduduk melalui penyedlaan polisi-polisi dan program pembangunan yang menyeluruh dari aspek ekonomi, sosial dan fizikal supaya wujud pembangunan yang seimbang dan effektif. Tetapi, didalam usaha kearah pencapaian matlamat tersebut, tidak semuanya berakhir dengan kejayaan. Seringkali pula wujud keadaan pembangunan yang tidak seimbang diantara wilayah, diantara kawasan bandar dan luarbandar dan juga diantara kaum iaitu sepertimana yang terjadi di Malaysia. Walaupun terdapat usaha-usaha pembangunan yang telah dilaksanakan termasuklah disektor luarbandar, tetapi usaha-usaha tersebut masih belum dapat menghapuskan masaalah yang wujud diluarbandar dengan berkesan. Beberapa faktur menyebabkan keadaan ini berlaku. Faktur-faktur ini terdapat pada keadaan dan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dalam merumuskan polisi-polisi dan program-program pembangunan. Polisipolisi dan program-program pembangunan yang diutamakan masih berbentuk aektorial dan ini tidal menjamin pembangunan yang menyeluruh, berkesan dan berterusan. Kesilapan ini terletak pada kerajaan yang tidak dapat menentukan polisi-polisi dan strategi-strategi yang tepat dan effektif serta sesuai dengan kehendak dan aspirasi penduduk-penduduk luarbandar. Untuk mengetahui faktur-faktur yang menyebabkan kegagalan tersebut, satu kawasan kajian telah dipilih iaitu Mukim Sungai Balang, Muar . Dikawasan ini, masaalah utama yang wujud ialah rendahnya daya pengeluaran dan pendapatan. Ini disebabkan oleh faktur-faktur seperti kurangnya faktur-faktur pengeluaran sistem perkhidmatan dan kemudahan yang tidak berkesan, amalan perkebunan secara tradisi (traditional practises), sikap penduduk yang negatif, ikatan nilai, norma-norma, adat resam, kebudayaan dan kepercayaan tradisi yang boleh menghalang kemajuan dan juga sistem pentadbirannya yang lemah dan tidak menyeluruh. Oleh itu suatu penyelesaian yang berdasarkan kepada perubahan pada pendekatan dan strategi pembangunan telah dicadangkan. Pendekatan dan strategi yang baru ini bukan sahaja memberi peluang untuk kebolehlenturan dalam pencapaian matlamat, tetapi juga boleh menjamin kearah wujudnya integrasi dan kordinasi dalam pencapaian hasil keseluruhan. Akhirnya perlulah dijelaskan disini bahawa kajian ini sebenarnya belumlah sempurna dan lengkap. Namun begitu ia boleh merupakan asas kepada kajian selanjutnya yang lebih terperinchi.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003359 HN700.6.Z9 R8 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002940 HN700.6.Z9 R8 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order