Cover image for Peningkatan ruang kakilima sebagai ruang pejalankaki dalam pusat bandar : kajian kes : Klang Utara dan Klang Selatan
Title:
Peningkatan ruang kakilima sebagai ruang pejalankaki dalam pusat bandar : kajian kes : Klang Utara dan Klang Selatan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7817 ra
Abstract:
Ruang kakilima bangunan tradisional adalah satu elemen dalam fabrik bandar di Malaysia. Ia merupakan salah satu alternatif bagi laluan pejalan kaki dalam pusat bandar. Pengalaman luar negeri dan di Malaysia menunujukkan ruang kakilima bangunan tradisional mempunyai jenis fungsi, ciri-ciri struktur rekabentuk yang unik dan persepsi visual yang menarik berbanding dengan ruang kakilima bangunan moden. tren semasa menunujukkan kelebihan ruang kakilima rumah kedai tradisional tidak diterapkan dalam rekabentuk bangunan kedai moden. Masalah ini boleh didapati di kebanyakkan di bandar Malaysia, begitu juga di kawasan kajian iaitu kawasan pusat bandar Klang. Draf rancangan Tempatan Klang (1991) telah membentuk beberapa garispanduan bagi ruangkakilima. Namun ia masih belum menyeluruh. Oleh itu, ia memerlukan satu kajian untuk mengkaji aspek-aspek yang berikut dengan ruang kakilima iaitu ciri-ciri rekabentuk ruang kakilima iaitu ciri-ciri rekabentuk ruang kakilima tradisional, fungsi ruang kakilima tradisional, aktiviti dan faktor penggalak. Berdasarkan analisis menunujukkan ruang kakilima dalam kawasan kajian berpotensi untuk dipertingkatkan dari segi rekabentuk, fungsi dan persepsi visual. Peningkatan tersebut dilakukan melalui konsep pembangunan secara pemeliharaan, pemuliharaan dan pembangunan semula. Konsep pembangunan ini meliputi ruang kakilima tradisional dan moden dari segi rekabentuk fizikal. Untuk memastikan perlaksanaan peningkatan ruang kakilima, maka dicadangkan penguatkuasaan dan pengubahsuaian akta serta pemberian insentif. Maka agensi yang terlibat untuk perlaksanaanya terdiri dari Majlis Perbandaran Klang. Agensi persendirian dan berkanun. Dengan cadangan-cadangan tersebut, maka peningkatan ruang kakilima sediaada dapat dipertingkatkan dari segi fungsi, rekabentuk dan persepsi visual.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000028 HE336.P4 Z27 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001853757 HE336.P4 Z27 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order