Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian masalah sekolah rendah kebangsaan dari aspek reruang : kajian kes : Majlis Bandaraya Ipoh
Title:
Kajian masalah sekolah rendah kebangsaan dari aspek reruang : kajian kes : Majlis Bandaraya Ipoh
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8545 ra
Abstract:
Penyediaan ruang pembelajaran yang mencukupi, luas dan selesa sebagaimana keperluan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) penting diwujudkan di sekolah rendah bagi mendorong proses pembelajaran yang berkesan. Malangnya matlamat yang digariskan dalam KBSR tidak tercapai sepenuhnya. Bagi mengenalpasti masalah reruang di sekolah rendah, pengkaji telah membuat kajian di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Kaedah statistik digunakan untuk menganalisis masalah reruang sekolah melalui 2 aspek iaitu perbandingan di antara penyediaan semasa dan keperluan piawai dari segi bilangan dan keluasan dan pendapat guru yang menyentuh tentang keperluan membuat penambahan ruang, saiz, keselesaan, kesesuaian lokasi dan keperluan ruang tertentu. Hasil daripasa analisis, masalah sebenar ruang dan keperluan tambahan sebenar ruang di setiap sekolah dapat dikenalpasti. Penemuan analisis juga mendapati sebahagian besar SRK mengalami masalah ruang pembelajaran am dan ruang permainan yang serius berbanding dengan kumpulan ruang-ruang lain. Punca masalah reruang di SRK ialah keluasan kawasan sekolah yang terhad dan enrolmen pelajar yang melebihi piawaian yang telah ditetapkan. Bagi mengatasi masalah reruang SRK pada masa hadapan, cadangan langkah-langkah bersesuaian telah dibuat dengan mengambilkira 3 aspek iaitu hasil penemuan kajian, dasar dan strategi kerajaan dalam menangani masalah reruang sekolah rendah dan pengalaman negara luar dalam merancang ruang sekolah. Cadangan langkah-langkah bersesuaian bagi mengatasi masalah ruang sekolah rendah tersebut dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu langkah-langkah bersesuaian pada peringkat mikro dan langkah-langkah bersesuaian pada peringkat makro. Dalam cadangan langkah-langkah bersesuaian pada peringkat mikro, didapati 6 buah SRK masih boleh membuat penambahan ruang-ruang pembelajaran yang tidak mencukupi bagi mewujudkan keselesaan suasana pembelajaran. Sekolah-sekolah tersebut ialah SRK Sri Kinta, SRK Cator Avenue, SRK Raja Di Hilir Ekram, SRK Guru Nanak, SRK Tarcisian Convent dan SRK Marian Convent. Walau bagaimanapun, penambahan ruang pembelajaran yang diperlukan tidak dapat dibuat di 6 buah sekolah lagi iaitu SRK St. Michael (i), SRK St. Michael (ii), SRK Raja Perempuan, SRK Convent, SRK Perempuan Methodist dan SRK Methodist. Ini kerana sekolah-sekolah tersebut mempunyai keluasan sekolah yang terhad dan langkah menghadkan enrolmen pelajar perlu dilakukan. Melalui cadangan langkah-langkah bersesuaian pada peringkat makro, sekolah yang perlu dipindahkan ke kawasan pembangunan baru ialah SRK St. Michael (i) dan SRK St. Michael (ii). Ini kerana kedua-dua sekolah tersebut mengalami masalah ruang yang serius dan langkah pemindahan sekolah tersebut juga adalah selaras dengan dasar dan strategi Jabatan Pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan (JPN) dan MBI. Langkah membuat 'pembelian awal tanah' (advance purchasing) dan mewujudkan 'bank tanah' juga perlu dilaksanakan oleh JPN dan MBI di kawasan tumpuan penduduk terutama di Zon Perancangan Bercham/Tambun bagi mengatasi masalah ruang sekolah rendah pada peringkat awal. Melalui cadangan langkah-langkah bersesuaian yang perlu diambil, suatu persekitaran pembelajaran yang selesa dapat diwujudkan pada masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002865776 NA6608.M3 M37 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page