Cover image for Kajian mengenai sikap pelajar terhadap sains dan pertaliannya dengan pencapaian sains di sekolah sekolah menengah di negeri Johor, Darul Takzim
Title:
Kajian mengenai sikap pelajar terhadap sains dan pertaliannya dengan pencapaian sains di sekolah sekolah menengah di negeri Johor, Darul Takzim
Publication Information:
1991
Physical Description:
ix, 109p.: ill.; 30cm.
General Note:
Supervisor: Dr. Sulaiman Yamim

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 8251 ra
Abstract:
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji sikap pelajar terhadap sains dan pencapaian mereka dalam matapelajaran kimia dan rampaian sains di sekolah menengah di Negeri Johor darul Takzim. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud pertalian di antara sikap pelajar terhadap sains dengan pencapaian mereka.Sampel kajian terdiri daripada 309 orang pelajar tingkatan 4 sains dan 355 pelajar tingkatan 4 sastera dari 12 sekolah menengah di sekitar negeri Johor D.T., dimana terdiri daripada 6 buah sekolah bandar dan 6 buah sekolah luar bandar.Sikap pelajar terhadap sains diukur dengan menggunakan soal selidik Sikap Terhadap Sains (STS) yang diubahsuai daripada soal selidik yang disediakan oleh national Foundation for Educational Researches. Pencapaian sains dinilai dari markah peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran kimia dan rampaian sains yang diduduki masing masing oleh pelajar aliran sains dan sastera.Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer 'Statgraph' bagi mendapatkan min dan ANOVA bagi menentukan sama ada min signifikan.Dengan menggunakan perisian yang sama, korelasi pearson ditentukan bagi mencari hubungan di antara sikap pelajar terhadap sains dengan pencapaian mereka dalam sains.Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap terhadap sains mempunyai korelasi yang signifikan dengan pencapaian mereka (di dalam sains). Beberapa implikasi daripada dapatan kajian terhadap sikap dan pencapaian pelajar di dalam sains telah dikemukan, batas kajian dinyatakan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga dicadangkan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Kimia)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654832 Q183.4.M3 M36 1991 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order