Cover image for Menyiasat tahap kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu dikalangan pelajar tahun 1 UTM sesi 1990/1991 dan kesan  kursus amali yang di ikuti
Title:
Menyiasat tahap kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu dikalangan pelajar tahun 1 UTM sesi 1990/1991 dan kesan kursus amali yang di ikuti
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : 7759 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan menyiasat tahap kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) di kalangan pelajar Tahun 1 di kampus Skudai, UTM sesi 1990/1991 dan kesan kursus amali ke atas pencapaian KPSB. Di samping itu, ia juga meninjau perkaitan di antara pencapaian KPSB dengan latar belakang pelajar dari segi tempat tinggal, gred fizik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), keadaan sosio-ekonomi (SES), dan minat terhadap mata pelajaran sains. Sampel seramai 135 orang dipilih secara rawak dari pelajar Tahun 1 kampus Skudai. Rekabentuk Ujian sebelum-Ujian Selepas Satu Kumpulan digunakan dalam kajiselidik ini. Pencapaian kemahiran proses sains bersepadu dikaji berdasarkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu I & II (Test of Integrated Process Skills I & II (Tips I & II) yang digunakan oleh okey, Wise dan Burns (1983). Instrument ini telah diterjemah, disunting dan diubahsuaikan oleh Samini (1986). Lima kemahiran proses sains bersepadu yang diuji dalam kajian ini adalah : (1) Mengenalpasti pembilehubah (11) Mengenalpasti hipotesis (111) Mentakrif pembolehubah secara operasi (IV) Mentafsir data dan graf (V) Merancang ujikaji. Data-data yang dikumpulkan diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer iaitu program Statgraphics dan Quattro Professional. Dari keputusan kajian didapati min jumlah skor pelajar-pelajar dalam ujian sebelum adalah 24.93 dengan sisihan piawai 3.02. Min jumlah skor untuk ujian selepas adalah 25.05 dengan sisihan piawai 3.54. Didapati tiada perbezaan bererti bagi perbezaan min skor ini bila diuji dengan Ujian-t pada alfa= 0.05. Dari kajian ini didapati juga tiada perbezaan bererti antara ujian sebelum dan ujian selepas bagi kelima-lima KPSB. Dari kajian juga didapati pelajar-pelajar dari luar bandar mempunyai min skor yang lebih tinggi sedikit daripada pelajar-pelajar bandar. Terdapat pertalian positif antara gred fizik seseorang pelajar dalam SPM dengan pencapaian KPSB. Pelajar-pelajar yang tidak minat dalam mata pelajaran sains mempunyai min skor KPSB yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar yang sangat minat. Pelajar-pelajar dari SES kelas atasan dan menengah atas umumnya mempunyai min skor KPSB yang lebih baik berbanding dengan kelas-kelas SES yang lain.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjan Muda Sains serta Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001695109 Q181 T36 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order