Cover image for Satu tinjauan permasalahan penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru kemahiran hidup bersepadu di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Title:
Satu tinjauan permasalahan penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru kemahiran hidup bersepadu di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8581 ra
Abstract:
Dalam bidang pendidikan penggunaan bahan batu mengajar merupakan sesuatu yang intim dan tidak dapat dipisahkan. Berdasarkan kepada laporan-laporan akhbar, kajian, dan penulisan yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar (BBM) khususnya dari aspek penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran ternyata masih kurang memuaskan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau sama ada masalah penggunaan bahan bantu mengajar ini wujud atau tidak di sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Sebanyak lapan buah sekolah menengah di sekitar daerah Johor Bahru dipilih sebagai sampel kajian ini iatu Sekolah Menengah Gelang Patah, Sekolah Menengah Tanjung Adang, Sekolah Menengah Ulu Tiram, Sekolah Menengah Ulu Tebrau, Sekolah Menengah Pasir Gudang 1, Sekolah Menengah Majidi Baru, Sekolah Menengah Dato' Jaafar, dan Sekolah Engku Tun Aminah Johor Bahru. Sejumlah 38 sampel terdiri dari guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang terdiri dari 14 soalan bahagian A dan 39 soalan bahagian B. Kajian tertumpu kepada beberapa aspek iaitu aspek minat, aspek sikap, aspek pembelajaran, aspek kemahiran, aspek galakan, aspek kemudahan dan aspek hubungan. Hasil dari penganalisaan data didapati responden mempunyai minat, sikap, persepsi dan kemahiran yang positif terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Terdapat juga dua aspek yang negatif iaitu aspek kemudahan dan galakan. Negatif bermaksud masih terdapat kekurangan kemudahan dan galakan yang diberikan terhadap guru-guru oleh pihak tertentu.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247081 LB1044.88 S43 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order