Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kaedah pembetulan tegasan ricih aliran rerambut :  satu perbandingan
Title:
Kaedah pembetulan tegasan ricih aliran rerambut : satu perbandingan
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8248 ra
Abstract:
Terdapat empat kaedah yang popular di dalam pembetulan tegasan ricih bagi leburan yang mengalir melalui liang rerambut iaitu kaedah Bagley secara grafik serta ringkas (matematik), Cogswell dan Coutte-Hagenbach. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri melalui penggunaan pendekatan yang berbeza. Oleh itu eksperimen ini direkabentuk supaya dapat membandingkan keserasiankaedah dengan sampel yang digunakan dan dapat melihat kesan struktur terhadap faktor pembetulan ayng digunakan. Ujikaji ini melibatkan penggunaan reometer rerambut. Rosand RH720 dan empat sampel ujian iaitu LLDPE, LDPE, HDPE dan PP. Setiap sampel yang terlibat dikenekan 8 tahap kadar ricih yang berbeza dengan menggunakan lima acuan. Setiap acuan mempunyai diameter yang sama (1mm) tetapi panjang yang berbeza. Ujikaji yang dijalankan akan memberi nilai tekanan P1 dan P bagi setiap sampel. Nilai-nilai faktor pembetulan 'n' melawan kadar ricih digunakan lengkungan faktor pembetulan Bagley grafik dijadikan sebagai piawai dan dianggap paling tepat supaya perbandingan boleh dibuat. ia dipilih kerana faktor pembetulannya tidak melibatkan sebarang nilai rujukan. bagi sampel PP dan LDPE kaedah ringkas Bagley menghampiri lengkungan piwpiawai manakala bagi LLLDPE dab HDPE kaedah Cogswell nebghampiri piawai. Inimenunjukkan kaedah yang paling sesuai di dalam penggunaan komersial (memerlukan data yang cepat dan tepat) bagi sampel PP dan LDPE ialah kaedah ringkas Bagley manakala bagi LLDPE dan HDPE ialah kaedah Cogswell. Maka dapat disimpulkan ketepatan faktor pembetulan 'n' adalah bersandar kepada jenis sampel yang digunakan. Di dalam plot tegasan ricih melawan kadar ricih kaedah ringkas serta grafik Bagley dan Cogswell menunjukkan keseragaman keputusan dan lengkungan walaupun mereka mempunyai nilai faktor pembetulan yang berbeza kecuali kaedah Coutte - Hagenbach menunjukkan bagi kaedah ketiga-tiga kaedah yang lain. Ini menunjukkan hasil tegasan ribagi kaedah grafik, ringkas Bagley dan Cogswell kesan faktor pembetulan mereka mempunyai ketepatan yang sama dimana perbezaan nilai faktor pembetulan diantara mereka terlalu kecil dan boleh diabaikan. Diperhatikan juga kesan struktur memberi pengaruh yang besar terhadap nilai faktor pembetulan dimana nilai faktor pembetulan LPDE adalah lebih besar daripada LLDPE. Ringkasnya semakin tinggi jumlah rantai cabang semakin tinggi nilai faktor pembetulan yang dihasilkan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654584 TP156.R45 A55 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page