Cover image for Penentuan faktor-faktor perletakan dan tapak kompleks membeli-belah di luar pusat bandar : kajian kes : Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB)
Title:
Penentuan faktor-faktor perletakan dan tapak kompleks membeli-belah di luar pusat bandar : kajian kes : Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8058 ra .
Abstract:
Perletakan kompleks membeli-belah pada keadaan semasa masih lagi tertumpu di kawasan pusat bandar dan telah mendatangkan pelbagai masalah seperti kesesekan lalulintas, pencemaran udara dan bunyi bising di kawasan pusat bandar. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penyelerakan pembangunan kompleks membeli-belah di luar pusat bandar. Secara teorinya, perletakan kompleks membeli-belah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor sosio-budaya, ekonomi, geografi dan polisi perancangan sesuatu pihak berkuasa tempatan. kajian ini cuba untuk emngenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi perletakan kompleks membeli-belah di luar pusat bandar. Hasil analisis menunjukkan faktor etnik dan faktor jarak tempat kerja dengan kompleksmembeli-belah bolehlah diabaikan, manakala faktor pendapatan dan faktor jarak tampat kediaman dengan kompleks membeli-belah perlulah dipertekankan. bagi faktor-faktor reruang pula, faktor-faktor yang perlu dipertekankan adalah faktor polisi kerajaan, gunatanah, fisiologi, hakmilik tanah, jarak dari jalan utama dan nilai tanah. Dengan menggunakan analisis "Whhat IF" di dalam Model Potensi Pasaran Runcit, sektor-sektor perancangan yang berpotensi untuk pembangunan kompleks membeli-belah dapat dikenalpasti. Hasil analisis menunjukkan bahawa sektor perancangan Kangkar Tebrau dan Pasir pelangi adalah tidak sesuai untuk pembangunan kompleks membeli-belah kerana ia tidak memenuhi kriteria min jarak dan turnover minimum yang ditetapkan. Dengan menggunakan. Teknik Analisa Threshold, tapak-tapak yang berpotensi dibangunkan untuk pembangunan kompleks membeli-belah akan dikenalpasti. Analisis Threshold menunjukkan bahawa kebanyakan kawasan yang berpotensi untuk pembangunan kompleks membeli-belah adalah terletak di berdekatan dengan jalan-jalan utama dan tapak-tapak kosong bagi gunatanah perumahan. Penyelidikanin ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan dalam menyelerakkan pembangunan keluar dari pusat bandar dan secara tidak langsung mengimbangkan pembangunan selaras dengan polisi mereka.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001943 HF5430.6.M32 J693 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002368474 HF5430.6.M32 J693 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order