Cover image for Ruang perniagaan kompleks pusat bandar Pasir Gudang : (masalah semasa dan strategi pemasaran)
Title:
Ruang perniagaan kompleks pusat bandar Pasir Gudang : (masalah semasa dan strategi pemasaran)
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3695 ra .
Abstract:
Di dalam kajian ini, penulis cuba mengkaji masalah kekosongan yang berlaku di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Kajian terlebih dahulu dilakukan dari segi teori dan kemudian diaplikasikan untuk melihat sama ada Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang telah menepati segala ciri-ciri yang perlu untuk kejayaannya. Bab Satu merupakan bab pengenalan kepada kajian iaitu dari segi objektif, skop, methodologi serta kepentingan kajian. Di dalam Bab Dua, penulis mengemukakan teori yang akan digunakan untuk kajian iaitu teori permintaan dan penawaran ruang perniagaan. Di dalam bab ini, definisi ruang perniagaan diberikan. Seterusnya, penulis mengenalkan kawasan kajian di dalam Bab Tiga berserta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan. Analisa dijalankan di dalam Bab Empat di mana kesemua faktor-faktor dikaji, termasuklah faktor fizikal, pengurusan, kajian peniaga dan pembeli-belah. Bab Lima membincangkan tentang strategi pemasaran yang digunakan untuk memasarkan ruang-ruang perniagaan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, di mana keberkesanan strategi juga dikaji. Kesimpulan dan hasil kajian dibentangkan di dalam Bab Enam iaitu bab terakhir, bersama-sama dengan cadangan-cadangan penulis untuk menyelesaikan masalah.
DSP_DISSERTATION:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005744 HF5430.6.M3 Z37 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order