Cover image for Kekuatan riceh tanah termampat biasa dan tanah mantapan simen
Title:
Kekuatan riceh tanah termampat biasa dan tanah mantapan simen
Personal Author:
Publication Information:
1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 7658 ra
Abstract:
Keupayaan tanah untuk menanggung beban adalah diberikan oleh kekuatan riceh tanah tersebut. Oleh itu, kekuatan riceh tanah merupakan satu parameter yang penting dalam kejuruteraan geoteknik. Dalam projek ini, simen Portland biasa telah digunakan sebagai pemantap ke atas tanah merah diKampus Universiti Teknologi Malaysia. Sampel-sampel tanahbiasa disediakan terlebih dahulu sebagai kawalan. Seterusnya, sampel-sampel dengan pemantapan simen sebanyak 2%, 5% dan 10% mengikut berat disediakan pada kandungan lembapan optima. Ujikaji paksitiga tak kukuh tak salir dijalankan ke atas sampel-sampel tersebut dan lengkung tegasan-terikan dipelotkan untuk dianalisa. Di samping itu,, ujian-ujian asas untuk mengkelaskan tanah tersebut dilakukan untuk menentukan taburan saiz zarah dan parameter-parameterasas yang lain seperti had Plastik, Had Cecair, Graviti Tentu dan kandungan lembapan optima untuk tanah biasa dan tanah termantap simen. Ujikaji paksitiga juga dijalankan ke atas sampel tanah yang direndam dalam air pada tempoh-tempoh tertentu iaitu 24 jam, 7 hari dan 28 hari untuk mengenalpasti kesan rendaman (immersion) ke atas kekuatan riceh tanah. Hubungan diantara tegasan sisih, keterikan kegagalan, kelembapan dan ketumpatan dengan kesan rendaman juga dikenalpasti.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003098 TA710.5 T363 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order