Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian kekukuhan tanah liat lembut yang distabilkan dengan menggunakan kaedah tiang kapur-gipsum
Title:
Kajian kekukuhan tanah liat lembut yang distabilkan dengan menggunakan kaedah tiang kapur-gipsum
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7858 ra
Abstract:
Dalam usaha memperbaiki dan mempertingkatkan kestabilan tanah dan mengurangkan enapan yang berlaku terhadap struktur yang dibina diatas tanah liat lembut maka terdapat beberapa teknik penstabilan tanah yang telah digunakan antaranya ialah kaedah sesalur pugak, tiang batu, tinag simen dan juga tiang kapur. namun begitu terdapat beberapa daripada kaedah tersebut adalah tidak ekonomi bagi projek-projek yang besar. Walau bagaimanapun dalam jangkamasa 20 tahun yang lalu, kaedah tiang kapur-gipsum telah dipraktikkan untuk menstabilkan tanah liat lembut di Sweden dan juga Finland. Kaedah tiang kapur-gipsum adalah kaedah yang lebih praktik dan ekonomi berbanding dengan beberapa kaedah lain (G.Holm, R. Trank, A. Ekstrom, 1983 (11). Satu kajian yang dibuat oleh Swedish Geotechnical Institute, Linkoping, Sweden menunjukkan bahawa kekuatan mampatan tanah yang distabilkan dengan kapur-gipsum adalah 3 kali lebih besar daripada tanah yang distabilkan dengan kapur sahaja. Dalam kajian ini, gipsum adalah bertindak sebagai mangkin untuk mempercepatkan tindakbalas antara tanah kapur. Satu siri ujian makmal telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian iaitu mengkaji tentang kesan campuran kapur-gipsum ke atas kekukuhan tanah liat lembut di Malaysia. Dari nilai kekukuhan tersebut, nialai enapan juga boleh dianggarkan. Rekabentuk tiang kapur-gipsum adalah berlandaskan Ujian Mampatan Tak Terkurung iaitu dengan mengambil kira dari segi kesan peratus campuran kapur-gipsum dan juga tempoh pengawetanSatu siri ujian makml telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian iaitu mengkaji tentang kesan campuran kapur-gipsum ke atas kekukuhan tanah liat di Malaysia. Dari nilai kekukuhan tersebut, nilai enapan juga boleh dianggarkan. Rekabentuk tiang kapur-gipsum adalah berlandaskan Ujian Mampatan Tak Terkurung iaitu dengan mengambil kira dari segi kesan peratus campuran kapur-gipsum dan juga tempoh pengawetan. Secara amnya daripada ujian yang dijalankan bolehlah disimpulkan bahawa kekukuhan tanah yang distabilkan dengan kapur-gipsum adalah lebih tinggi berbanding dengan tanah yang tidak distabilkan (tanah liat biasa0. anggaran nilai kekukuhan ditentukan berdasarkan ujian makmal manakala sekiranya ditapak bina ianya boleh ditentukan dengan membuat Ujian Beban.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001902638 TA710.5 M67 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page