Cover image for Permasalahan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran kemahiran hidup di Daerah Kota Bharu :  satu tinjauan
Title:
Permasalahan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran kemahiran hidup di Daerah Kota Bharu : satu tinjauan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8258 ra
Abstract:
Kemahirn hidup yang baru diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah merupakangabungan mata pelajaran yang sedai ada seperti seni perusahaan, ekonomi rumahtangga, perdagangan dan sains perusahaan, ekonomi rumahtangga, perdagangan dan sains pertanian supaya lebih berfungsi dan menepati ciri-ciri keperluannegara. sebelumnya, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu bidang pengkhususan sahaja. setelah wujudnya mata pelajaran kemahiran hidup ini para pelajar lebih didedahkan dengan berbagai bidang kemahiran serta memupukan semangat keusahawanan.memandangkan kemahiran hidup adalah gabungan beberapa mata pelajaran sudah tentu para pelajar akan menghadapi beberapa permasalahan semasa mengikuti matapelajaran ini. oleh itu satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau dan mengesan sejauh manakah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dari aspekminat, pengajaran guru, kelengkapan peralatan dan kesesuaian bengkel serta sikap ibubapa atau penjaga terhadap mata pelajaran ini. kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah menengah didaerah kota bharu. responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua yang mengikuti mata pelajaran kemahiran hidup. jumlah sampel yang terlibat dalam kajian adalah seramai 150 yang dipilih secara rawak mudah.Hasil dapatan kajian dianalisis dengan bantuan komputer berdasarkan peratusan dan min. keputusan menunjukkan bahawa purata min keseluruhan bagi soal selidik yang berkaitan dengan pelajar ialah 3.59 manakala berkaitan dengan pandangan pelajar engenai sikap ibubapa/penjaga pula ialah 3.48. sementara soal selidik yang berkaitan dengan pengajaran guru ialah 3.87 manakala mengenai kelengkapan peralatan ialah 3.89 dan kesesuaian bengkel adalah 3.83. hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa kesesuaian ruang bengkel dan kelengkapan peralatan adalah mencukupi dan selesa untuk pelajar menjalankan gerak kerja amali di bengkel. guru juga telah menggunakan berbagai kaedah pengajaran semasa amali untuk menarik minat pelajar disamping sikap ibubapa atau penjaga memberi perhatian terhadap mata pelajaran kemahiran hidup ini. walaupun pelajar telah menunjukkan sikap yang positif terhadap persoalan yang dikemukakan, namun perlu dipertingkatkan lagi kesedaran ibubapa supaya mereka betul-betulmemahami tujuan sebenar mata pelajaran ini diperkenalkan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654162 LB1629.5.M3 M84 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order