Cover image for Satu tinjauan mengenai amalan kaedah belajar pelajar-pelajar disekitar Johor Bahru menghadapi peperiksaan SPMV
Title:
Satu tinjauan mengenai amalan kaedah belajar pelajar-pelajar disekitar Johor Bahru menghadapi peperiksaan SPMV
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8564 ra
Abstract:
Mulai tahun 1992, hanya pelajar yang memperolehi peringkat lulus dalam PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) sahaja yang diserapkan terus ke aliran Pendidikan Vokasional manakala pelajar yang didapati keputusan yang kurang baik akan menduduki aliran latihan kemahiran dengan mengambil peperiksaan MLVK (Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan). Ini bertujuan memastikan bahawa calon-calon yang memperolehi keputusan peperiksaan SPMV dapat mengikuti sukatan pelajaran akademik di pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi-institusi lain. Oleh yang demikian, cara atau kaedah belajar yang bersistematik yang menggandingkan matapalejaran akademik dan matapelajaran kemahiran adalah merupakan ciri-ciri yang penting bagi menjamin kejayaan pelajar-pelajar di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional). Kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah pelajar-pelajar mengamalkan kaedah belajar yang berkesan berdasarkan kepada 8 aspek. Aspek-aspek tersebut adalah motivasi, pengurusan masa di dalam pembelajaran, kemahiran di dalam kerja amali, kemahiran mengingat, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kaedah belajar kendiri dan kumpulan perbincangan dan menghadapi peperiksaan. Subjek kajian ini adalah terdiri daripada 139 pelajar daripada 3 buah sekolah menengah vokasional di Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim yang berlainan pengkhususan (pertukangan, perdangan, sains rumahtangga). Instrumen kajian ini ialah soalselidik yang dibahagikan kepada dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). Bahagian A terdiri draipada 15 soalan untuk mendapatkan maklumat diri dan pengetahuan responden mengenai kaedah belajar. Bahagian B pula terdiri dari 43 soalan objektif dan dibahagikan kepada 8 aspek dalam kaedah belajar berkaitan dengan amalan kaedah belajar berkesan. Analisis telah dibuat untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mengamalkan kaedah belajar yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan SPMV di Johor Bahru, walaupun demikian keputusannya masih kurang memuaskan dimana peratusan keseluruhannya di bawah 50 peratus.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247008 LB3060.57.M56 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order