Cover image for Tindak balas alkali-silika dan kesannya ke atas rasuk-dalam konkrit bertetulang
Title:
Tindak balas alkali-silika dan kesannya ke atas rasuk-dalam konkrit bertetulang
Personal Author:
Publication Information:
1994
Physical Description:
xxv, 190 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor: Prof. Madya Dr. Zainal Mohamed

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8133 ra
Abstract:
Tindak Balas Alkali-Silika (TAS) merupakan masalah yang muncul dalam konkrit oleh satu tindak balas kimia berlaku di antara ion hidroksil dari simen dengan silika reaktif dalam batu-baur. Tindak balas kimia ini dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan mengakibatkan konkrit mengembang. Pengembangan yang berlaku dipercayai memberi kesan keatas kekuatan, kestabilan dan kebolehkhidmatan sesuatu struktur konkrit.Masalah ini masih merupakan satu aspek baru di Malaysia yang perlu diterokai. Dengan itu projek penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh manakah masalah TAS dinegeri Johor dan bagaimana kesannya keatas rasuk-dalam konkrit bertetulang. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian keatas potensi kereaktifan TAS batu-baur di Johor serta kelakuan pengembangan dan kajian kesan TAS keatas rasuk-dalam konkrit bertetulang.Kaedah pemeriksaan petrografi ASTM C295, ujian cepat bar-mortar Afrika Selatan, ujian cepat kimia ASTM C289, ujian bar-mortar ASTM C227 dan siri ujian fizikal mengikut kod tertentu digunakan untuk tujuan kajian bahan. pengawasan kelakuan sepanjang masa pendedahan dengan mengukur halaju denyutan ultrosonik (kaedah Pundit) dan pengukuran pengembangan dengan tolok terikan mekanikal dijalankan keatas rasuk-dalam sebelum ia dibebankan sehingga gagal.Keputusan yang diperolehi menunjukkan kebanyakan batu-baur di negeri Johoradalah tidak reaktif kecuali jenis tuff dari Pengerang dan kuari ENg Seng, Kluang. Kajian juga mendapati bahawa TAS memberi kesan yang berbeza ke atas konkrit tanpa tetulang berbanding dengan struktur konkrit bertetulang. Satu model kesan pengembangan dalaman TAS dicadangkan untuk menerangkan perbezaan ini. Kesan prategasan akibat TAS didapati meninggikan kekukuhan dan kekuatan muktamad struktur konkrit berterulang yang berumur satu tahun. Disamping itu TAS telah membaiki sifat kemuluran pada konkrit tanpa tetulang tetapi tidak pada kekuatan mampatan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan Awam (Struktur dan Bahan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002527681 TA440 S83 1994 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
SPS30000000275 TA440 S83 1994 Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order