Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kearah pembentukan polisi visual dan garis panduan kawalan bangunan tinggi di pusat bandar. Kajian kes : Johor Bahru
Title:
Kearah pembentukan polisi visual dan garis panduan kawalan bangunan tinggi di pusat bandar. Kajian kes : Johor Bahru
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem :MFL 2816 ra
Abstract:
Perkembangan bandar yang pesat pada hari ini disebabkan oleh tekanan-tekanan ekonomi telah menyebabkan berlakunya pembangunan secara menegak dalam bentuk bangunan-bangunan tinggi. Ia menjadi lebih pelbagai dan menarik dengan hasil senibina yang tinggi mutunya yang kemudiannya telah menjadi "bete-noire" kepada peradaban moden kurun ke 20. Le Corbusier (1922) adalah penggerak utama dalam pendekatan ini dalam mana ia menekankan pentingnya bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar ketika menghasilkan pelan teoritical untuk "Une Ville Contempraine". Kewujudan bangunan-bangunan tinggi bagaimanapun telah dikaitkan dengan kejatuhan kualiti fizikal bandar. Bagaimanapun dalam konteks sebenarnya ia banyak memberikan sumbangan terhadap rekabentuk bandar secara keseluruhannya. Oleh yang demikian tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan polisi-polisi visual dan garispanduan kawalan bangunan tinggi di pusat bandar. Ia dilakukan melalui kajian-kajian terhadap aspekaspek rekabentuk bandar dan perkaitannya dengan bangunan-bangunan tinggi serta pengaruh,sunbangan dan kesan-kesan dari kewujudan bangunan tinggi terhadap aspek persekitaran fizikal bandar. Tapak kajian yang dipilih ialah pusat perkembangan asal bandar Johor Bahru yang meliputi kawasan seluas 70.1 hektar. Tapak ini dipilih berdasarkan beberapa penmasalahan yang timbul akibat dari perkembangan bandar yang pesat dipenghujung tahun 1970an dan awal 1980an. Dari kajian-kajian yang dijalankan yang bukan sahaja melibatkan tapak itu sahaja bahkan keseluruhan KPP, beberapa perkara dapat dirumuskan berkaitan dengan kewujudan bangunan-bangunan tinggi di kawasan tersebut. Diantara perkara-perkara penting yang dapat dikesan ialah ia merupakan pusat aktiviti terpenting bagi bandar Johor Bahru, bagaimanapun keadaan persekitaran fizikal yang sedia ada tidak dapat membantu meningkatkan imejnya. Juga banyak terdapat kawasan yang terbiar di kawasan ini yang memerlukan pembangunan semula untuk membentuk persekitaran fizikal yang lebih baik. Penumpuan aktiviti di bangunan-bangunan tinggi yang baru menjadikan rumah-rumah kedai tradisional semakin ketinggalan. Sebagai kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa kawasan ini memerlukan bentuk pembangunan yang baru di tapak-tapak tertentu untuk meningkatkan imej dan fungsinya sebagai pusat tumpuan aktiviti yang utama disamping menghasilkan kesan visual yang baik dan berkualiti. Bagaimanapun terdapat beberapa struktur penting yang perlu diambilkira supaya pembangunan yang dijalankan tidak merosakkan ciri-ciri tersebut. Diakhirnya, cadangan-cadangan yang berbentuk polisi-polisi dan garispanduan kawalan yang melibatkan keseluruhan KPP, tapak kajian dan sektor pilihan dihasilkan. Adalah diharapkan ia akan memberikan sumbangan yang besar terhadap rekabentuk bandar keseluruhannya kearah pembentukan persekitaran bandar yang responsif, cantik dan berfungsi.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003928 HT169.M32 J6515 1987 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003976 HT169.M32 J655 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page