Cover image for Masalah tunggakan cukai harta oleh Majlis Tempatan. Kes kajian : Majlis Daerah Kulai
Title:
Masalah tunggakan cukai harta oleh Majlis Tempatan. Kes kajian : Majlis Daerah Kulai
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7193 ra
Abstract:
Tunggakan cukai harta merupakan salah satu masalah utama PBT. Masalah tunggakan cukai harta ini mengurangkan kemungkinan penerimaan pendapatan yang lebih bagi PBT disebabkan oleh pembayar cukai harta enggan membayarnya. Kajian ini merangkumi kutipan cukai harta di Majlis Daerah Kulai. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya tunggakan cukai harta serta untuk mengatasi masalah tersebut menerusi cadangan-cadangan penyelesaian berasaskan pendekatan kutipan cukai harta yang lebih berkesan. Untuk tujuan ini, pelbagai data telah dikutip menerusi temuramah dan soalselidik yang dibuat ke atas penduduk Majlis Daerah Kulai dan pihak MDK. Data-data tersebut kemudiannya dianalisiskan dan cadangan-cadangan serta penemuan akan didasarkan kepada kekerapan kejadian dari analisis yang dilakukan. Penemuan yang diperolehi menunjukkan bahawa Majlis Daerah Kulai menghadapi masalah tunggakan cukai harta yang agak besar jumlahnya berbanding dengan lain-lain punca hasil seperti lesen, kurniaan dan seumpamanya. Akhirnya, diharapkan agar kajian ini menjadi sebagai panduan untuk kajian-kajian yang seterusna mengenai masalah tunggakan cukai harta memandangkan kajian ini hanya mengemukakan penyelesaian dari aspek tindakan bagi mengutip cukai harta oleh Majlis Daerah Kulai.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003142 HJ3241.H36 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order