Cover image for Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak
Title:
Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak
Personal Author:
Publication Information:
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993
Physical Description:
xiii, 152 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8251 ra
Abstract:
Kajian ini dijalankan untuk menentukan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak. Di samping itu, kajan ini juga cuba mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kemakelemahan pengajaran bahasa tersebut. Sampel kajian ini terdiri daripada 89 orang pelajar dan dua orang guru Bahasa Arab di MRSM Terendak.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pelajar-pelajar MRSM Terendak adalah dalam bidang sains, tetapi mereka mempunyai kesediaan asas untuk mempelajari Bahasa Arab dari segi penggunaan tulisan Jawi semasa mereka mempelajari Pengetahuan Agama Islam di sekolah rendah. mereka jug telah mula membaca Quran dari guru Quran, ibubapa atau guru agama sejak peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah rendah. Dari segi pencapaian dalam Bahasa Arab semasa di MRSM, 89.5% daripada mereka lulus ujian Sijil Rendah pelajaran (SRP). kajian ini juga mendapati pelajar-pelajar tidak jelas tentang matlamat pembelajaran Bahasa Arab. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai minat yang rendah, tidak bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran Bahasa Arab keperingkat lebih tinggi, tidak mempunyai peluang bertutur dan mengamalkan apa yang telah dipelajari di dalam atau di luar kelas. Mereka juga sukar memperolehi bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Arab.Kajian ini juga mendapati guru-guru kurang menggunakan alat bantu mengajar.Mereka juga sukar memperolehi bahan-bahan bacaan di dalam Bahasa Arab, kurang mendapat latihan dalam bidang pengajaran Bahasa Arab, tetapi mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Arab. Mereka menggunaknan kaedah gabungan antara kaedah nahu terjemahan dengan kaedah terus yang memberi peluang kepada guru-guru bertutur di dalam Bahasa Melayu semasa pengajaran. Seterusnya, kajian ini mendapati masa pengajaran selama 80 minit seminggu adalah tidak mencukupi. Para guru dan juga pelajar didapati tidak mengadakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum bagai bahasa Arab.
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Pendidikan) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002654790 PJ6068.M3 A42 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order